awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan ajaran sesat "Church of God" di UniSZA dipatahkan

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2017
14:39 MYT
Cubaan ajaran sesat "Church of God" di UniSZA dipatahkan
Siasatan UniSZA mendapati dua wakil Church of God yang berusia awal 20-an menemui beberapa pelajar tahun akhir di perpustakaan dan medan selera kampus pada 13 Nov lalu. - Flickr/Mahani Mohamad
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berjaya menggagalkan cubaan sebuah gerakan World Mission Society Church of God, dipercayai ajaran sesat yang menyasarkan pelajar bukan beragama Islam.
Mereka dipujuk melakukan upacara memakan daging dan minum darah sebagai syarat untuk menganut ajaran "Mother of God" sekali gus dijamin memasuki syurga.
Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Ahmad Zubaidi A. Latif berkata, wakil gerakan masuk kampus UniSZA dengan mempengaruhi pelajar bukan beragama Islam berjumlah 568 orang.
Siasatan mendapati dua wakil Church of God yang berusia awal 20-an menemui beberapa pelajar tahun akhir di perpustakaan dan medan selera kampus UniSZA pada 13 Nov lalu, katanya.
Katanya, mereka memperdaya pelajar yang bukan beragama Islam kononnya mahu menemubual bagi projek kajian tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi swasta tempatan.
"Oleh kerana kita berada di sebuah universiti, kita ingin memastikan bahawa sebarang usaha daripada setiap anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini haruslah kita hentikan.
"Kita cuba pastikan ianya tidak berlarutan sehingga menyebarkan silap faham dan juga kecelaruan dalam kalangan anggota masyarakat yang lain," kata Ahmad Zubaidi.
Menurutnya, para pelajar kemudian memaklumkan perkara itu kepada Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA dan Jabatan Perpustakaan universiti itu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak pada 23 Nov lalu.
Ahmad Zubaidi berkata, susulan kejadian itu, pengurusan UniSZA mengambil langkah mengetatkan kawalan pintu masuk ke universiti terutamanya membabitkan individu mencurigakan.
Topic Berkaitan
#ajaran sesat
#Church of God
#UniSZA
#Universiti Sultan Zainal Abidin
#World Mission Society Church of God
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan