awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuepacs minta kerajaan pertimbang umur bersara daripada 60 kepada 62 tahun

Bernama
Bernama
07/03/2015
09:52 MYT
Cuepacs minta kerajaan pertimbang umur bersara daripada 60 kepada 62 tahun
Cuepacs meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun. -Gambar fail
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun.
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kebanyakan negara melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai negara, yang menuju negara maju harus mengambil langkah sama.
"Pertimbangan umur persaraan perlu dibuat, berikutan ekonomi negara yang tidak menentu dalam menuju negara maju.
"Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD, baru berkhidmat lima tahun sudah nak pencen?" katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Misi Bantuan Bencana Banjir 2015 anjuran Cuepacs dan Angkasa yang turut dihadiri Setiausaha Perhubungan Angkasa Terengganu, Mohamed Yusoff serta Pengerusi Cuepacs Terengganu, Muhamad Maliki Idris di sini hari ini.
Azih berkata, pelaksanaan usia persaraan 62 tahun harus diberi pertimbangan bagi penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti mempunyai tahap kesihatan yang baik serta masih berminat untuk menyumbang kepakaran tenaga kerja.
"Kerajaan juga menanggung kos yang tinggi setiap tahun untuk bayaran pencen kira-kira 70,000 penjawat awam dan kalau umur pencen dilanjutkan, mungkin pengaliran keluar wang tidak terlalu tinggi selepas ini.
"Mengenai peluang pekerjaan untuk anak muda, sebenarnya walaupun usia pencen dilanjutkan, peluang untuk anak muda masih ada dan tiada sekatan sebab ada penjawat awam yang pencen disebabkan persaraan wajib, persaraan pilihan serta kekosongan jawatan disebabkan kematian.
Dalam pada itu, Azih berharap kerajaan tidak akan menamatkan perkhidmatan kira-kira 70,000 penjawat awam yang dilantik secara kontrak, bermula pada 31 Dis ini.
Beliau yang agak terkilan berkata adalah tidak wajar bagi kerajaan menamatkan kontrak pekerja ini kerana mereka juga mempunyai tanggungan untuk meneruskan hidup dengan ekonomi negara pada masa kini yang tidak menentu.
"Sekurang-kurangnya kerajaan perlu beri mereka peluang bekerja dan bukannya menutup peluang mereka dan golongan ini merupakan 'lidah kerajaan' sebenarnya," katanya.
Topic Berkaitan
#62 tahun
#Azih Muda
#cuepacs
#penjawat awam
#umur persaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan