awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cukai ke atas soda perlu atas faktor kesihatan - Tun M

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/08/2018
06:16 MYT
Cukai ke atas soda perlu atas faktor kesihatan - Tun M
Demi faktor kesihatan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan cukai soda
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju agar dikenakan cukai terhadap minuman soda, namun beliau menegaskan ia adalah atas faktor kesihatan.
Beliau berkata, kajian mendapati kadar penyakit diabetes yang begitu tinggi di negara ini adalah disebabkan pengambilan gula yang melebihi had dibenarkan.
“Kerajaan mendapati terdapat mereka yang mengambil minuman botol lebih dari enam kali sehari. Anda boleh minum air, tetapi jika anda mengambil minuman botol, kandungan gulanya begitu tinggi, sebab itu kami ingin mengurangkan penggunaan gula.
“Sebab apabila kami pergi hospital, orang datang untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit, tetapi bila diperiksa kesemua mereka ada diabetes,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan 'Persidangan dan Pameran Cities 4.0 + Business 4.0' di ibu negara hari ini.
Baru-baru ini Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee, mencadangkan supaya diperkenalkan cukai soda ke atas minuman berkarbonat bagi menampung hasil kerajaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula berkata kerajaan perlu tampil dengan beberapa idea bagi menampung kekurangan hasil negara selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Sept depan.
Topic Berkaitan
#cukai
#cukai gula
#cukai soda
#Hospital
#kesihatan
#Mahathir Mohamad
#Media
#menteri
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Tony Pua
#Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan