Seorang penganggur dihukum penjara empat bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didapati bersalah mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat tahun lepas.
Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
"Hukuman tidak semestinya menghukum tetapi memulihkan pelaku. Mahkamah tidak boleh menutup mata dan menafikan kes kecurian yang kerap berlaku. Mahkamah juga mengambil kira sepanjang tempoh dibicara, tertuduh terlibat dengan kes lain walaupun belum disabit.
"Sehubungan itu, mahkamah berpendapat Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (bon berkelakuan baik) tidak sesuai dan tidak wajar diberikan. Dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM1,000 terhadap tertuduh," katanya.
Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.
Mahkamah membenarkan permohonan peguam Shaharudin Ali yang mewakili tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan terhadap keputusan hari ini dan mengekalkan jaminan RM3,000.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 10 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan.
Terdahulu ketika rayuan, Shaharudin memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah iaitu hukuman berbentuk bon berkelakuan baik kepada tertuduh.
"Dia mencuri telefon kerana tekanan akibat disamun dan kehilangan telefon bimbitnya pada hari sama kejadian di Low Yat," katanya yang turut memberitahu tertuduh berasal daripada keluarga miskin dengan kedua-dua ibu bapanya merupakan Orang Kurang Upaya pekak dan bisu.
Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne bagaimanapun membantah hukuman bon berkelakuan baik sebaliknya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat berbentuk pemenjaraan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius selain kes itu telah menimbulkan isu perkauman.
"Saya membantah bon berkelakuan baik kerana kes ini adalah satu kes di mana perbicaraan penuh telah dijalankan dan mahkamah mendapati tertuduh bersalah," katanya.
Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang, pada pukul 4.47 petang, 11 Julai tahun lalu, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Pada 24 Feb 2016, tertuduh sekali lagi dihadapkan ke mahkamah dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang mekanik menggunakan parang di Jalan Jelatek di sini pada 20 Feb lepas.
Sebelum ini, dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengambil dadah syabu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.
Bernama
Tue May 24 2016
Majistret menjatuhkan hukuman terhadap Shahrul Anuar selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. - Gambar fail
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Curi telefon bimbit di Plaza Low Yat: Penganggur dipenjara empat bulan dan denda
Shahrul Anuar Abdul Aziz, 23, dijatuhkan hukuman itu oleh hakim selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.