awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti 90 hari: Masa bersama ibu, bayi amat penting - TPM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/10/2019
07:16 MYT
Cuti 90 hari: Masa bersama ibu, bayi amat penting - TPM
DR WAN AZIZAH: "Bagi saya, lebih baik lagi lama ibu dengan bayi. Kita hendak tengok ibu dan bayi bersama-sama, waktu penyusuan, waktu bersama." - Gambar hiasan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan masa bersama termasuk tempoh proses penyusuan amat penting kepada ibu dan bayi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menegaskan betapa pentingnya tempoh yang lebih panjang tanpa gangguan pekerjaan kepada ibu mampu memupuk generasi keluarga yang lebih baik pada masa akan datang.
“Ikutlah masing-masing. Bagi saya, lebih baik lagi lama ibu dengan bayi. Kita hendak tengok ibu dan bayi bersama-sama, waktu penyusuan, waktu bersama, ini bagi saya yang terbaik untuk generasi akan datang,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 pada Jumaat lepas yang berkata kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 bagi memastikan akta itu kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.
Kajian itu akan meliputi empat perkara antaranya meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021.
Topic Berkaitan
#bayi
#cuti bersalin
#Lim Guan Eng
#Parlimen
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan