Tutup

Cuti bersalin 90 hari, gembirakah kaum wanita?

Cuti bersalin 90 hari, gembirakah kaum wanita?
Setiap wanita yang hamil dan melahirkan melalui pengalaman yang berbeza, demikian juga dengan keperluan bercuti selama 90 hari ada pelbagai pendapat yang berbeza. - Gambar hiasan
BUNYINYA menggembirakan wanita. Tetapi tidak semestinya memperkasa wanita. Setiap isteri yang melahirkan cahaya mata melalui pengalaman yang berbeza.

Melahirkan anak pertama tidak sama pengalamannya melalui tempoh tiga bulan selepas bersalin, berbanding dengan melahirkan anak kedua, ketiga atau keempat dan seterusnya.

Ada yang sepenuhnya dibantu oleh suami dan atau ahli keluarga.

Lebih lama tempoh bercuti, lebih lama rehatnya dan lebih banyak masa yang dilapangkan untuk memberi perhatian kepada bayi yang baru lahir.
Namun, ada yang melakukan semuanya sendiri. Lebih lama tempoh bercuti, lebih banyak beban yang ditanggung sendirian.

Bayangkan jika sepanjang tempoh itu menjaga diri sendiri, bayi dan beberapa orang anak lain yang masih kecil dan lasak.
Saya bukan menyarankan cuti dipendekkan, bahkan saya suka dengan polisi sesetengah negara yang memberikan cuti bersalin selama enam bulan dengan gaji 90 peratus.

Cuma, alangkah baik jika kelayakan itu memberikan PILIHAN kepada ibu bersalin untuk mengambil 90 hari atau 83 hari dan 'transfer' tujuh hari kepada suami untuk tambahan kepada 'paternity leave'.

Saya mengharapkan 'paternity leave' untuk 14 hari terus  sebenarnya, jadi tidak perlu 'transfer' cuti dari isteri.

Namun ada pula yang kata, lebih lama suami bercuti, lebih susah si isteri (maksudnya suami tidak membantu....macam dia pula yang bersalin).


* Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh merupakan Pensyarah Kanan (Profesor Madya), Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM dan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

** Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI



Tag: Kolumnis AWANI, cuti bersalin, 90 hari, 60 hari, wanita, lelaki, Belanjawan 2020



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.