Pemberian cuti paterniti sektor swasta bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin tidak akan menjejaskan produktiviti golongan itu, sebaliknya akan membuatkan mereka kembali bekerja dengan lebih bersemangat dan efektif.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J Solomon berkata hanya majikan yang tidak cekap akan menafikan hak asasi pekerja berkenaan, mendakwa mereka (majikan) tidak dapat menguruskan perniagaan atau mencari alasan produktiviti pekerja akan terjejas.
"Sudah tiba masanya untuk majikan benar-benar menjaga keperluan asas pekerja dan bukan sekadar menghayati ketamakan korporat. MTUC sebenarnya telah meminta cuti paterniti selama satu bulan pada awal tahun lalu dan kami gembira kerana beberapa majikan mengesyorkannya," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Mengenai pengumuman (cuti paterniti untuk sektor swasta) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata ia akan diterima walaupun lebih bermakna jika cuti berkenaan diberi selama sebulan.
Bersempena Hari Pekerja tahun ini, perdana menteri pada Rabu mengumumkan kerajaan Barisan Nasional akan memperkenalkan inisiatif khas cuti paterniti mandatori sekurang-kurangnya tiga hari khusus untuk suami yang bekerja di sektor swasta bagi memupuk keluarga bahagia untuk warga pekerja.
Pindaan peruntukan undang-undang bagi melaksanakan inisiatif itu dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun hadapan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia Mohd Azrul Mohd Nor berkata untuk jangka masa panjang cuti paterniti mungkin dapat memberi kesan psikologi positif kepada suami untuk menjadi lebih efektif dalam pekerjaannya apabila turut dapat menguruskan keluarganya dengan baik.
Beliau berpendapat untuk memastikan kelancaran operasi syarikat, adalah lebih baik untuk suami yang bekerja memaklumkan pihak majikan lebih awal jika ingin memohon cuti paterniti dan menyelesaikan tugasnya sebelum bercuti.
"Sudah tentu secara tidak langsung memberi ruang kepada pekerja untuk lebih fokus pada kerja apabila kurang masalah dalam keluarga terutamanya melibatkan anak dan isteri. Ia juga akan menggalakkan majikan menjadi lebih prihatin dalam menjaga kebajikan pekerja," katanya.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Omar Mat Piah berkata cuti paterniti yang diperuntukkan kepada sektor swasta itu dapat membantu golongan suami yang bekerja memainkan peranan mereka sebagai ketua keluarga menyambut anggota keluarga baharu.
Katanya, pekerja di sektor swasta patut gembira dengan 'hadiah' yang diumumkan perdana menteri dan peruntukan cuti itu akan menjadikan majikan lebih prihatian terhadap kebajikan pekerja mereka.
"Jika kerajaan tidak beri cuti pun suami tetap perlu ambil cuti kerana ia keperluan bagi menguruskan keluarga, bawa isteri buat rawatan susulan, menguruskan pendaftaran kelahiran dan sebagainya.
"Lebih-lebih lagi apabila bayi mahupun isteri mereka mengalami komplikasi sewaktu kelahiran. Ia akan membuatkan suami yang bekerja hilang fokus pada pekerjaannya," katanya.
Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia Azlina Othman pula berkataia merupakan satu inisiatif yang sangat relevan dan holistik dalam membentuk keluarga penyayang kerana suami dapat memberikan tumpuan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap keluarga.
Beliau turut berkata produktiviti pekerja sektor swasta tidak akan terjejas kerana ia bukansatu tempoh cuti yang panjang dan peruntukan itu ibarat satu penghargaan kepada pekerja serta membuatkan mereka lebih bersemangat untuk membina kehidupan yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 04 2018
Hanya majikan yang tidak cekap akan menafikan hak asasi pekerja berkenaan. - Gambar hiasan
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Menteri Scotland, Humza Yousaf ambil cuti paterniti
Humza Yousaf layak ambil cuti paterniti sehingga dua minggu sebaik sahaja anaknya dilahirkan.
Parlimen lulus pindaan akta naikkan cuti paterniti kepada 7 hari
Ia bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.
Suarakan pendapat mengenai cuti paterniti 7 hari - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berkata, biarpun cuti paterniti selama tiga hari untuk sektor swasta telah dicadangkan, ada yang berpandangan ia tidak cukup.
Cuti paterniti: Kerajaan akan terus siri perbincangan - Dr Wan Azizah
Kerajaan akan mendapatkan kata sepakat isu cuti paterniti untuk pekerja swasta menerusi siri perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk majikan.
Cuti paterniti buat pekerja swasta laksana tugas dengan lebih efektif, tak jejas produktiviti
Pemberian cuti paterniti sektor swasta bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin tidak akan menjejaskan produktiviti golongan itu.
Cuti paterniti 30 hari perlu dikaji - MTUC
Kaji selidik perlu dibuat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengusulkan perkara itu dengan Kementerian Sumber Manusia yang mempunyai pegawai dan pakar berkaitan.
CIMB perkenal cuti paterniti berbayar sebulan kepada kakitangannya
Mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan (30 hari berturut-turut mengikut kalendar).