awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dadah 2.5 tan bernilai RM100 juta dirampas dalam bungkusan susu kambing, unta

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
09/06/2020
08:14 MYT
Dadah 2.5 tan bernilai RM100 juta dirampas dalam bungkusan susu kambing, unta
JKDM berjaya membongkar kegiatan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dalam operasi di Pelabuhan Klang. Gambar/ Astro AWANI
Cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyeludup masuk ketamin disytiharkan sebagai susu unta dan kambing gagal apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 2.5 tan dadah bernilai kira-kira RM100 juta, Khamis lalu.
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pasukannya merampas dadah terbabit dalam sebuah kontena dan menahan dua suspek masing-masing seorang lelaki warga asing berumur 55 tahun dan wanita tempatan 40 tahun.
Beliau berkata, dalam operasi jam 1 tengah hari 4 Jun lalu, pihaknya mengesan ketibaan kontena terbabit di Pelabuhan Klang dari sebuah negara Asia Selatan.
"Pasukan kita membuat penggeledahan disebabkan keadaan kontena itu yang mencurigakan sebelum menemui paket-paket serbuk susu unta dan kambing kononnya keluaran tempatan yang mengandungi serbuk, disyaki dadah jenis ketamin berat kasar 2,500 kilogram.
"Siasatan lanjut mendapati, kontena berkenaan dieksport keluar dari Malaysia pada hujung tahun lalu dengan diisytiharkan sebagai produk sama iaitu susu kambing dan unta," katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut ujarnya, siasatan awal mendapati sindiket itu menggunakan modus operandi mengeksport keluar produk susu kambing dan unta ke negara terbabit.
Katanya, kandungan bungkusan susu terbabit bagaimanapun ditukar dan digatikan dengan serbuk dadah ketamin sebelum dihantar semula ke Malaysia dengan alasan produk asal itu mengalami kerosakan.
"Bagaimanapun, taktik itu berjaya dikesan oleh JKDM dan kita berjaya menyekatnya daripada diedarkan di negara ini," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman 10 hari bermula 4 jun lalu bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Topic Berkaitan
#Dadah
#JKDM
#kastam
#Ketamin
#Klang
#kontena
#pelabuhan
#rampas
#RM100 juta
#susu kambing
#susu unta
#unta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan