Lima individu termasuk seorang pelajar kolej swasta ditahan susulan penemuan dadah disyaki ganja dalam bungkusan roti canai dibawa penghantar makanan di sini, pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata tiga lelaki dan dua wanita itu ditahan dalam operasi lebih lima jam bermula 8.30 malam tadi di Setiawangsa dan Bangsar di sini.
Katanya, pelajar kolej swasta berusia 19 tahun yang memesan bungkusan makanan itu ditahan di Setiawangsa di sini dan suspek didapati positif dadah.
“Dua lagi lelaki ditahan di sebuah rumah di Bangsar kerana disyaki membekalkan bungkusan makanan berisi dadah kepada pelajar kolej itu.
"Turut ditahan dalam operasi itu adalah dua wanita berusia 63 dan 70 tahun yang berada dalam rumah itu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Arifai pihaknya turut menemui satu ketulan mampat dan beberapa paket plastik kecil berisi dadah disyaki ganja di rumah suspek di Bangsar.
“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dilakukan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semalam, media melaporkan seorang penghantar makanan membuat laporan polis selepas menemui dua paket disyaki dadah jenis ganja dalam bungkusan makanan pelanggannya, Isnin lepas.
Lelaki berusia 31 tahun itu menerima pesanan untuk menghantar satu bungkusan barang itu dari Petaling Jaya ke Setapak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 15 2020
Polis turut menemui satu ketulan mampat dan beberapa paket plastik kecil berisi dadah disyaki ganja di rumah suspek di Bangsar.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Piala Asia: Dion Cools selamat tiba di Qatar
Pertahanan kental negara, Dion Cools, selamat tiba di Qatar bagi memperkuatkan Harimau Malaya menjelang saingan Piala Asia bermula 12 Januari ini.
Enggan serah hak milik rumah, lelaki cederakan ibu angkat
Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes dadah dan satu jenayah.
Dua lelaki disamun, kereta rosak dilanggar
Dua lelaki bukan sahaja disamun tetapi kereta mereka turut dilanggar sehingga rosak ketika minum di kawasan parkir berhadapan sebuah restoran di Jalan Utam Singh, di sini pada awal pagi Jumaat.
Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel
Kejadian itu disyaki membabitkan tiga suspek yang telah mencuri barangan kenderaan di premis tersebut.
PKP Penuh: Polis Gombak tambah dua SJR di Jalan Ipoh-Rawang
Ini menjadikan jumlah SJR di bawah pentadbiran IPD Gombak sebanyak lapan lokasi, iaitu empat statik dan empat mobil.
PKP: Pemeriksaan teliti punca kesesakan trafik di Plaza Tol Gombak - Polis
Tular di media sosial muat naik gambar menunjukkan kesesakan di Plaza Tol Gombak yang melalui sekatan jalan raya.
Tahanan polis meninggal dunia di IPD Gombak
Suspek lelaki berumur 43 tahun itu dibawa ke IPD berkenaan bagi tujuan pendokumentasian.
Dua lelaki ditahan baling mercun di sekatan jalan raya
Sebelum kejadian, anggota polis ternampak kedua-dua suspek berusia 16 hingga 20 tahun itu menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Anggota polis cedera bergelut dengan OKT lari dari hospital
Semasa proses tangkapan, telah berlaku sedikit pergelutan dan seorang anggota polis mengalami cedera ringan.
Polis cadang inkues untuk kes Ganapathy
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kes itu masih disiasat dan kertas siasatan akan dihantar ke pejabat TPR dalam masa terdekat.