awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daish pernah rancang culik Najib - Ahmad Zahid

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
08/03/2016
06:02 MYT
Daish pernah rancang culik Najib - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Pihak polis berjaya menahan ahli Daish berkenaan dan menggagalkan rancangan mereka.
Kumpulan militan Daish pernah merancang untuk menculik Perdana Menteri, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Dedahnya, selain Perdana Menteri, kumpulan militan itu juga merancang untuk menculik Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.
Kumpulan itu juga turut merancang empat plot serangan lain bermula September 2014 hingga Mei 2015.
Bagaimanapun, kesemua rancangan berkenaan berjaya digagalkan Polis Diraja Malaysia.
"Pada 30 Januari 2015, polis berjaya menahan 13 ahli Daish berkenaan dan mengagalkan rancangan mereka menculik Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan.
"Sebelum itu, pada September 2014, kumpulan yang sama juga merancang menyerang masjid milik syiah dan tokong Cina di Kedah serta merompak van keselamatan.
"Pada 30 April 2015, 11 ahli Daish merancang meletupkan Putrajaya, pusat hiburan dan perjudian di negara ini," ujarnya.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) dalam sesi soal jawab di Parlimen di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan wujud rancangan oleh militan IS untuk menculik Perdana Menteri tahun lalu,
Menurutnya, rancangan itu berjaya digagalkan oleh polis.
"Memang ada (rancangan menculik Perdana Menteri). Sudah menjadi tugas polis untuk mencegah sebarang jenayah daripada berlaku dan ini antara tanggungjawab kami," kata Khalid selepas majlis menandatangani antara Kolej Unikop Kuala Lumpur dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada Selasa.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Daish culik PM
#Najib Razak
#perancangan militan culik Najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan