Letusan Gunung Sinabung di Sumatera, Indonesia setakat ini tidak menjejaskan kualiti udara di Malaysia atau membawa sebarang virus ke negara ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa memantau data kualiti udara berikutan tersebar bebarapa dakwaan dan khabar angin bahawa Gunung Sinabung, yang meletus sejak 19 Feb lepas, telah menjejaskan kualiti udara di Malaysia serta membawa virus flu ke negara ini.
Kementerian sentiasa memantau data kualiti udara melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak gunung itu meletus dan setakat ini, tahap kualiti udara berada pada julat dari baik ke sederhana pada kebanyakan masa.
"Oleh itu, tiada apa langsung yang boleh mengesahkan khabar angin dan dakwaan bahawa letusan berapi Gunung Sinabung menyebabkan kualiti udara di negara ini merosot.
"Dakwaan bahawa abu gunung berapi menyebabkan tersebarnya flu di sini adalah berniat jahat dan tidak berasas sama sekali," kata Wan Junaidi dalam kenyataan di sini, hari ini.
Wan Junaidi berkata tidak mungkin abu gunung berapi itu sampai ke negara ini kerana Malaysia masih mengalami monsun timur laut, dengan angin timur laut sentiasa bertiup ke arah Sumatra.
Berdasarkan data Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) bertarikh 19 Feb pada 1700 GMT (1 pagi), abu gunung berapi itu berada pada ketinggian 10,000 kaki dan bergerak ke arah timur, katanya.
Beliau berkata MET membuat analisis menggunakan Hybrid Single Particle Lagrangian Integrated Trajectory Model (HYSPLIT), suatu model komputer yang digunakan bagi mengira trajektori parsel dan penyebaran udara atau mendapan bahan cemar atmosfera.
Pemodelan HYSPLIT menunjukkan abu daripada letusan gunung berapi itu akan bergerak ke arah timur laut dari Gunung Sinabung di Sumatra.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata Kementerian Kesihatan mengesahkan flu berkenaan berpunca daripada virus influenza dan virus itu tidak boleh bertahan dalam lahar dan abu yang panas.
"Keadaan cuaca tidak menentu di Malaysia sekarang menyebabkan ramai rakyat negara kita jatuh sakit dan keadaan ini wujud sebelum gunung berapi itu meletus lagi.
"Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana kita tidak akan terjejas dalam sebarang cara, bentuk atau keadaan susulan letusan gunung berapi itu termasuklah di seberang Selat Melaka," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2018
JAS sentiasa memantau data kualiti udara sejak Gunung Sinabung meletus 19 Februari lepas. - Foto fail
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Sinabung meletus lagi, muntahkan abu panas hampir 3 km ke udara
Aktiviti di gunung berapi Sinabung semakin meningkat, dengan sekurang-kurangnya 15 letusan kecil dicatat dalam seminggu terakhir.
Gunung Sinabung kembali meletus, abu menjulang lebih 4,500 meter
Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 4,500 meter.
Gunung Sinabung di Sumatera meletus, hamburkan abu satu kilometer
Letusan memaksa penduduk setempat berpindah sekurang-kurangnya lima kilometer dari gunung tersebut.
Dakwaan abu Gunung Sinabung bawa virus, jejas kualiti udara Malaysia tidak benar
JAS sentiasa memantau data kualiti udara sejak Gunung Sinabung meletus 19 Februari lepas.
Ini fakta tentang Gunung Sinabung dan siri letusannya
Perkara yang harus diketahui mengenai Gunung Sinabung yang telah beberapa kali meletus sejak 2010.
Enam disahkan terkorban akibat letusan gunung berapi Sinabung
Pihak berkuasa telahpun mengeluarkan amaran zon merah di kampung berkenaan dan penduduk dilarang menghampiri kawasan itu.
19 gunung berapi di Indonesia kini berstatus 'berjaga-jaga'
Sutopo juga menjelaskan, status berjaga-jaga yang diberikan kepada 19 gunung-gunung berapi tersebut adalah berdasarkan peningkatan aktiviti bawah tanah melebihi aktiviti-aktiviti di status Normal.
Letusan gunung berapi Sinabung, 14 terbunuh
14 orang terbunuh manakala tiga lagi sedang dirawat di unit rawatan rapi kerana melecur akibat dari terkena awan terik dalam letusan besar Gunung Berapi Sinabung.