Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta orang ramai supaya menunggu hasil siasatan penuh polis berhubung dakwaan pencabulan seksual dan seks luar tabii di sebuah maahad tahfiz di Ipoh bagi mengelak sebarang gambaran yang tidak elok.

Beliau berkata tuduhan terhadap Pengetua dan Pengasas Pusat Pendidikan Al Barakah Datuk Mohd Kazim Elias berhubung isu itu yang didakwa melibatkan pelajarnya dianggap tidak adil kepada pendakwah itu.

"Tuduhan seumpama itu memberi gambaran yang tidak begitu baik...seeloknya biarlah ada siasatan, biar ada sesuatu dibuat.

BACA: Siasatan kes cabul di maahad tahfiz selesai - Ketua Polis Perak

"Jadi kalau kita terus menghukum sekolah yang dipunyai penceramah yang besar namanya dalam negara itu sangat tidak berapa adil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Beruas di sini pada Sabtu.

Baru-baru ini, tersebar di laman sosial mengenai beberapa pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain didakwa berlaku kejadian seks luar tabii.