UEM Group Berhad menafikan kononnya ia terlibat dalam dakwaan pemindahan wang yang melibatkan seorang menteri persekutuan.

UEM Group dalam kenyataan hari ini menegaskan syarikat itu tidak memiliki akaun dengan nombor akaun yang tertera seperti dakwaan yang dbuat di pelbagai laman media sosial.

UEM Group turut memaklumkan ia tidak memiliki akaun di cawangan utama Maybank KL.

"Bagi membersihkan nama syarikat, UEM Group telah membuat satu laporan polis dan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan," menurut syarikat itu.

Tular di media sosial kononnya sejumlah wang syarikat tersebut didakwa disalurkan ke akaun seorang menteri persekutuan.