Kira-kira 100 ahli kumpulan Gerakan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos melakukan bantahan terhadap agensi berita Malaysiakini kerana menerima dana dari George Soros.
Bantahan yang dibuat di ibu pejabat Malaysiakini di Jalan Tandang, dekat sini turut menuntut agar agensi berita itu ditutup.
Seramai 10 ahli Gerakan Baju Merah termasuk Jamal dibenarkan masuk ke premis sekitar jam 3 petang bagi bertemu pengurusan tertinggi Malaysiakini iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan, Ketua pengarang RK Anand dan pengarang Bahasa Melayu Jimadie Shah Othman.
"Kita menuntut agar kerajaan menutup syarikat berita ini kerana mereka sudah jelas didalangi kuasa asing bagi meruntuhkan negara.
"Bukan jumlah sumbangan yang kita risaukan tetapi kita mempersoalkan sejauh mana hubungan mereka (Malaysiakini) dengan penyangak mata wang ini (Soros)," kata Jamal yang ditemui pemberita selepas pertemuan tersebut.
Jamal turut meminta agar Malaysiakini memberikan penjelasan yang memuaskan kepada mereka sebelum jam 12 malam ini.
Jamal turut memberitahu ketua pengarang, pada Sabtu ini beliau akan membawa kira-kira 20,000 penyokong untuk melakukan bantahan di hadapan pejabat Malaysiakini.
Dalam pertemuan selama setengah jam itu, Malaysiakini mengaku menerima dana antarabangsa daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh George Soros.
Malah menurut mereka, laporan mengenai senarai pemberi dana telah disiarkan Malaysiakini dalam portal mereka awal minggu ini.
Azyyati Ahmad
Thu Nov 03 2016
Kumpulan tersebut yang hadir di ibu pejabat Malaysiakini di Jalan Tandang, di sini, sekitar 3 petang Khamis turut meminta penjelasan berhubung dakwaan berkenaan. -Astro AWANI/Shahir Omar
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
Mesyuarat Khas Parlimen: Hanya 72 petugas media dibenarkan masuk dewan - Azhar
Jumlah petugas agensi berita dan pengamal media dihadkan kepada 72 orang bagi liputan Mesyuarat Khas Parlimen bermula pada 26 Julai ini.
Agensi Anadolu Turki bakal siarkan Olimpik Tokyo dalam 12 bahasa
Agensi Berita Turki itu merancang menyampaikan berita dan gambar menarik atlet terkenal dunia dan 108 pasukan yang akan bertanding dalam 18 acara.
Facebook teruskan sokongan kepada agensi berita Malaysia
Syarikat itu akan terus memberi tumpuan kepada usaha membantu penerbit membina model perniagaan yang lestari.
Akaun Twitter BermanaTV digantung - MCMC
Paparan di akaun tersebut sering mengelirukan masyarakat, dengan berselindung di sebalik nama parodi yang seolah-olah dikaitkan dengan sebuah agensi berita nasional.
Senator Ras Adiba Pengerusi baharu Bernama
Ras Adiba Radzi catat sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Dakwaan dibiaya Soros: Gerakan Baju Merah tuntut Malaysiakini ditutup
Kira-kira 100 ahli kumpulan Gerakan Baju Merah elakukan bantahan terhadap agensi berita Malaysiakini kerana menerima dana dari George Soros.