awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Exco Perak bocor maklumat: Dua kertas siasatan dibuka

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/07/2019
11:18 MYT
Dakwaan Exco Perak bocor maklumat: Dua kertas siasatan dibuka
Razarudin (kiri) pada perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh hari ini. Astro AWANI
Polis Perak membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan seorang anggota exco kerajaan negeri yang dikatakan membocorkan kertas minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri bagi mendapatkan habuan.
Kertas siasatan tersebut dibuka berikutan laporan polis yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa PKR Parit Buntar, Beh Yong Kean dan exco berkenaan, Abdul Yunus Jamhari.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, siasatan dibuat di bawah Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi kerana membocorkan rahsia rasmi dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.
“Semalam kita pun telah mendapat arahan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri dan kita telah pun mengambil percakapan kedua-dua saksi atas kedua-dua kes.
“Kita akan teruskan siasatan di bawah kedua-dua seksyen tadi. Jadi, ada dua kertas siasatan yang kita buka,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di Ipoh, pada Selasa.
Sabtu lalu, Beh membuat laporan polis mendakwa seorang exco kerajaan negeri Perak membocorkan minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mendapatkan habuan.
Keesokan harinya, Abdul Yunus pula membuat laporan polis terhadap Beh yang juga Ahli Majlis Daerah Kerian.
Topic Berkaitan
#Abdul Yunus Jamhari
#Beh Yong Kean
#bocor
#Exco
#habuan
#Ipoh
#Kanun Keseksaan
#kerajaan negeri
#kertas siasatan
#laporan polis
#Majlis Mesyuarat Kerajaan
#minit mesyuarat
#PKR
#polis
#polis perak
#rahsia rasmi
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan