Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah selesai merakam keterangan bekas pengarah Sektor Audit Kerajaan, Saadatul Nafisah, saksi ketiga yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes Laporan Jabatan Audit Negara yang didakwa dipinda mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Pengerusinya Wong Kah Woh berkata, PAC berkemungkinan akan meneruskan prosidingnya dengan memanggil beberapa saksi lagi seperti bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
"Kita sudah panggil (bekas Ketua Audit Negara) Tan Sri Ambrin Buang dan prosiding berlangsung selama empat jam setengah.
"Selepas itu, kita ada panggil (Ketua Audit Negara) Tan Sri Dr Madinah Mohamad. Prosiding ambil masa dua jam lebih.
"Dan hari ini, Saadatul, sama, selama dua jam juga. Untuk saksi lain, PAC akan bincang dan meneruskan prosiding pada masa yang akan ditetapkan," katanya kepada media di Bangunan Parlimen selepas selesai prosiding hari ini.
PAC memulakan prosiding pada Selasa (4 Dis) dengan memanggil Ambrin sebagai saksi pertama, diikuti Madinah pada Rabu, dan Saadatul hari ini (Khamis).
Pada masa sama, Wong berkata beliau berpuas hati dengan prosiding yang dijalankan ke atas Saadatul tetapi tidak dapat mendedahkan butiran terperinci seperti yang diberikan saksi-saksi kerana PAC terikat dengan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Seperti biasa, kita tidak dapat berikan maklumat. Tetapi, apa yang kami dapat daripada prosiding sangat berguna untuk digunakan pihak PAC dalam kita membuat rumusan atau kesimpulan," katanya.
Beliau juga menegaskan PAC akan membuat satu rumusan setelah selesai memanggil semua saksi bagi menentukan sama ada benar atau tidak laporan audit yang dikeluarkan pada 2016 itu dipinda.
Diyana Ibrahim
Thu Dec 06 2018
Wong berkata beliau berpuas hati dengan prosiding yang dijalankan ke atas Saadatul tetapi tidak dapat mendedahkan butiran terperinci seperti yang diberikan saksi. - Gambar fail
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.