awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, meningkat daripada mata wang utama
Kekayaan sumber asli tidak menjamin kemakmuran negara - Penganalisis
Amaran rebut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan pembangkang Saudi Aramco tarik diri projek RAPID meleset - Azalina

Bernama
Bernama
28/02/2017
15:03 MYT
Dakwaan pembangkang Saudi Aramco tarik diri projek RAPID meleset - Azalina
AZALINA: Dakwaan pembangkang kononnya Saudi Aramco menarik diri daripada projek RAPID di Pengerang, Johor terbukti meleset. - Gambar fail
Dakwaan pembangkang kononnya syarikat Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) menarik diri daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor terbukti meleset apabila ia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Petronas hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerjasama itu bakal membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat tempatan serta menjadikan kawasan Parlimen Pengerang tumpuan pelabur dalam dan luar negara.
"Semua anak jati Johor tidak kira kedudukan, agama dan bangsa harus mengalu-alukankan pelaburan besar seumpama ini kerana ia akan meletakkan negeri Johor di mata dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Petronas hari ini menandatangani perjanjian pembelian saham dengan Saudi Aramco bernilai RM31 bilion yang disaksikan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perjanjian berkenaan membolehkan syarikat Arab Saudi itu menguasai 50 peratus ekuiti dalam aset kraker dan penapisan di bawah RAPID.
Azalina, yang juga anggota Parlimen Pengerang, berkata pelaburan itu bakal memacu pembangunan negeri serta kemakmuran rakyat Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.
"Kejayaan ini tidak mampu direalisasikan tanpa ada usaha daripada kerajaan negeri dan persekutuan terutama dalam menarik pelabur bertaraf global," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Azalina Othman Said
#MoU
#Petronas
#RAPID
#Saudi Aramco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan