MALAYSIA
Dakwaan rogol pembantu rumah warga Indonesia: peguambela hantar representasi

Paul Yong bertegas tidak akan bercuti walaupun sedang menghadapi dakwaan di mahkamah berhubung tuduhan merogol seorang pembantu rumah warga Indonesia. - Gambar fail
Barisan peguambela Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong telah membuat representasi kepada Peguam Negara, agar menarik balik pertuduhan terhadap exco itu.
Salinan representasi itu telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes tersebut di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Jurucakap pihak pembelaan, Ram Karpal Singh berkata, antara alasan representasi itu ialah terdapat dakwaan yang telah dibuat melalui laporan polis oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pada Khamis malam.
“Kami berpendapat bahawa ini adalah satu perkara yang serius dan relevan kepada kes (YB) Paul di mahkamah hari ini dan perlu disiasat dengan secara mendalam.
Pada Khamis, Koo Ham membuat laporan mengenai dakwaan kononnya individu yang membawa mangsa membuat laporan polis menerima RM100,000 di samping diugut dengan pistol supaya tidak membocorkan perkara itu.
Terdahulu, Choo Kiong, 49 tahun, didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, bulan lalu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September ini bagi pengurusan kes.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami