Pemantauan masih dijalankan berhubung kedegilan pihak sekolah tahfiz yang masih menjalankan operasi jualan amal dan kutipan sedekah di sekitar bandaraya Alor Setar.

Menurut pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (Jaik) Datuk Mat Noh Dahaya, Jaik akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa dan akan meneruskan siasatan terhadap mana-mana sekolah tahfiz lain yang terlibat.

Jelas beliau Jaik turut menerima aduan terdapat kanak-kanak warga asing yang dipergunakan pihak sekolah terbabit dalam operasi penjualan amal dan kutipan sedekah di negeri ini.

Menurut beliau lagi Jaik akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Kedah (JKM) termasuk imigresen dalam mengambil tindakan selanjutnya terhadap operasi kutipan derma tersebut.

“Jadi kita bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dari segi kedudukan undang-undang yang ada pada mereka pada pihak polis dan imigresen, kemungkinan ada pelajar luar negara yang sedang dipergunakan oleh mereka.

“Kita baru menyedari bahawa ada kes pemungut derma yang kecil-kecil ini bukan dari Malaysia, mereka daripada luar negara ataupun warga asing... jadii ni satu tindakan yang kita buat bersama dan mungkin bersama pihak pengusaha bank pun kita minta kerjasama,” kata Mat Noh.

Beliau berkata demikian susulan serbuan yang dibuat beberapa hari lalu keatas sekolah tahfiz amal di Yan yang dikatakan mengeksploitasi pelajar-pelajar bertujuan untuk meminta sedekah.

Dalam tinjuan itu Jaik telah mengeluarkan notis notis amaran untuk pihak sekolah menghentikan aktiviti mereka namun sekiranya amaran itu tidak diendahkan oleh pengasas sekolah tahfiz tersebut.

Jaik akan mengambil tindakan menutup sekolah terbabit.