Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati tiada kes tahanan warga Kemboja dan Vietnam didera hingga mati di Depot Tahanan Imigresen Juru, Pulau Pinang seperti yang dilaporkan media.
Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam berkata susulan laporan media Kemboja dan tempatan pada 17 Ogos lalu berhubung dakwaan membabitkan lima warga Kemboja dan dua warga Vietnam itu, EAIC membuat lawatan mengejut ke depot tahanan berkenaan pada 22 Ogos lalu.
Ia turut disertai dua pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata 10 tahanan wanita telah ditemu bual oleh penyiasat EAIC termasuk satu-satunya wanita Kemboja bernama Kheng, 18, yang masih ada di depot itu.
"Kheng yang ditahan mulai 1 Julai lalu atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah telah mengesahkan layanan baik oleh pegawai imigresen dan tiada tahanan yang didera sepanjang berada di depot itu," kata Yaacob.
Katanya, sebelum Kheng ditempatkan di depot itu, terdapat 17 wanita warga Kemboja ditahan di situ sejak Disember 2015 sehingga Jun 2016, dan kesemuanya dihantar pulang ke Kemboja pada 13 Julai lalu.
EAIC membuat kesimpulan bahawa dakwaan kematian warga asing berkenaan yang dikatakan akibat penggunaan kekerasan adalah jelas tidak berasas, katanya.
Tambahnya, ketika lawatan dibuat, 595 tahanan ditempatkan di depot itu termasuk 289 warga Myanmar.
Bernama
Fri Aug 26 2016
Tiada kes tahanan warga Kemboja dan Vietnam didera hingga mati di Depot Tahanan Imigresen Juru, Pulau Pinang seperti yang dilaporkan media. - Gambar fail
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Dakwaan tahanan mati didera di Depot Tahanan Juru tidak benar - EAIC
Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati tiada kes tahanan warga Kemboja dan Vietnam didera hingga mati di Depot Tahanan Imigresen Juru.