awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalang cetus kecoh di Plaza Low Yat diburu bermula hari ini - KPN

Israr Khalid
Israr Khalid
14/07/2015
06:57 MYT
Dalang cetus kecoh di Plaza Low Yat diburu bermula hari ini - KPN
Khalid berkata polis sebelum ini telah mengarahkan beberapa individu terlibat untuk menyerah diri.
Polis memburu dalang yang menjadi pencetus kekecohan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, bermula hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, individu yang akan ditangkap itu, termasuk di kalangan mereka yang mengapi-apikan insiden tersebut.
Katanya, polis sebelum ini telah mengarahkan beberapa individu terlibat untuk menyerah diri.
"Yang disuruh serah diri tu belum serah diri lagi, jadi hari ini kita akan carilah dan akan tangkap. dan beberapa orang lagi, saya tak perlu sebut nama saya rasa semua orang tau.
"Yang ghairah sangat berucap hasut segala macam untuk lakukan rusuhan tu, bersedialah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis di Mes Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Beliau turut memberi amaran kepada semua pihak, agar tidak mengapi-apikan situasi itu dengan menyalahgunakan media sosial bagi menyebarkan maklumat palsu.
"Tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh mengelirukan orang ramai seterusnya mengeruhkan keharmonian negara," katanya.
Topic Berkaitan
#dalang
#Khalid Abu Bakar
#Low Yat
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan