awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana khas RM4 bilion untuk pembangunan masyarakat India

Bernama
Bernama
20/08/2018
04:50 MYT
Dana khas RM4 bilion untuk pembangunan masyarakat India
Waytha Moorthy berkata kerajaan sedang mengkaji semula segala program yang telah dijalankan di bawah MIB serta cuba memperbaiki usaha untuk mempertingkatkan lagi taraf hidup masyarakat India di negara ini. - Gambar fail
Dana khas bagi pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat India akan diwujudkan dengan peruntukan awal sebanyak RM4 bilion bagi tempoh 10 tahun, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata dana tersebut bertujuan untuk membantu membangunkan kaum itu khususnya daripada kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dengan cara yang saksama.
"Kerajaan sememangnya berhasrat untuk terus menambah ekuiti masyarakat India di dalam ekonomi negara. Modal awal akan dikumpul daripada sumbangan kerajaan serta syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta," katanya.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk M. Sambanthan yang ingin tahu adakah kerajaan sekarang akan menambah jumlah unit saham menerusi Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB) yang diperkenalkan di bawah kerajaan terdahulu.
Waytha Moorthy berkata kerajaan sedang mengkaji semula segala program yang telah dijalankan di bawah MIB serta cuba memperbaiki usaha untuk mempertingkatkan lagi taraf hidup masyarakat India di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#B40
#dana khas
#ekonomi
#GLC
#kaji semula
#masyarakat India
#P Waytha Moorthy
#peruntukan awal
#sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan