awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal langgar lembu: Seorang maut, seorang cedera
13 maut, 98 cedera dalam tragedi tren tergelincir di selatan Mexico
Penduduk Pasir Linggi bina bangsal buluh sepanjang Monsun Timur Laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana RM500 juta disediakan buat mereka yang minat usahakan inap desa

Bernama
Bernama
06/04/2019
23:19 MYT
Dana RM500 juta disediakan buat mereka yang minat usahakan inap desa
MOHAMADDIN: Dana yang disalurkan menerusi SME Bank itu boleh dipinjam dengan syarat memiliki cagaran.
Individu yang berminat untuk mengusahakan inap desa atau pusat pelancongan di tepi laut serta eko-pelancongan di dalam hutan disaran memanfaatkan Tabung Khas Pelancongan bernilai RM500 juta di bawah dana Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata dana yang disalurkan menerusi SME Bank itu boleh dipinjam dengan syarat memiliki cagaran.
"Signifikannya, kalau dikenakan faedah empat peratus, kerajaan akan menanggung dua peratus. Dana ini untuk semua rakyat Malaysia yang memiliki idea memajukan pelbagai perusahaan dalam sektor pelancongan termasuk kraftangan," katanya ketika ditemui selepas program dialog halatuju pembangunan pelancongan Parlimen Silam di sini, pada Sabtu.
Sementara itu Mohamaddin berkata jumlah pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan ketara sepanjang bulan Januari lepas berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya, sekali gus menampakkan perkembangan positif kepada potensi pelancongan negeri tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#homestay
#inap desa
#Mohamaddin Ketapi
#MOTAC
#pelancong
#pelancongan
#penginapan dalam hutan
#penginapan tepi laut
#pengusaha inap desa
#peruntukan motac
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan