Tutup

Dana RM90 juta 1MDB tak masuk ke dalam akaun Pas - SPRM

Dana RM90 juta 1MDB tak masuk ke dalam akaun Pas - SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata hasil siasatan pihaknya setakat ini tidak menemui sebarang kemasukan dana berkenaan. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada kemasukan dana 1Malaysia  Development  Berhad (1MDB)  ke dalam akaun Pas seperti yang didakwa sebelum ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata hasil siasatan pihaknya setakat ini  tidak menemui sebarang kemasukan dana berkenaan.

‘Siasatan SPRM setakat ni memang tidak ada kemasukan RM90 juta duit 1MDB ke dalam akaun Pas.

"Siasatan SPRM setakat ini memang tidak mendapati bahawa berlakunya kemasukan RM90 juta yang dikatakan daripada wang 1MDB ke dalam akaun Pas,’ katanya ketika ditemui di sidang akhbar pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Ketika ditanya sama ada siasatan berhubung dakwaan terhadap parti pembangkang tersebut akan ditutup, Mohd Syukri enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada Bahagian Siasatan SPRM untuk tindakan lanjut.

BACA: Tujuan saya jaga kerahsiaan parti, elak timbul fitnah - Nik Abduh
BACA: Dana RM90 juta: Pas tetap berpegang pada janji - Abdul Hadi

BACA: Rakaman suara Nik Abduh: Pas anggap isu kecil - Tuan Ibrahim

Sebelum ini SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan telah memulakan siasatan ke atas dakwaan  penyaluran dana berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.

Susulan itu beberapa individu telah dipanggil bagi membantu siasatan  termasuk Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa.

Terbaharu, pada Selasa lalu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa dipanggil ke pejabat SPRM Kota Bharu, Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.


Tag: Husam Musa, PAS, Parti Amanah Negara, 1MDB, SPRM, Kota Bharu, Malaysia, Ketua Pesuruhjaya SPR, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.