Dana RM90j: Nashrudin, Mokhtar ke SPRM hari ini

Dana RM90j: Nashrudin, Mokhtar ke SPRM hari ini
Dua pemimpin terbabit adalah Ahli Majlis Syura Ulamak Pas yang juga Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Mokhtar Senik. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Dua pemimpin Pas Pahang hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas.

Kedua-dua pemimpin terbabit, Ahli Majlis Syura Ulamak Pas yang juga Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Mokhtar Senik.
Mokhtar dilihat tiba di pekarangan Pejabat SPRM Pahang di Indera Mahkota di sini, jam 9.50 pagi tadi disusuli Nashrudin jam 10.25 pagi.

BACA: SPRM panggil 4 saksi bantu siasatan dakwaan Pas terima RM90 juta

BACA: SPRM hanya tanya mengenai Porsche - Mursyidul Am Pas

BACA: Dua pemimpin Pas dipanggil SPRM hari ini

Sebelum ini, artikel yang dilapor Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta ‘dipercayai’ dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan Pas bagi menarik mereka supaya menyokong UMNO-BN.

Tag: PAS, SPRM, Malaysia, siasatan, rasuah, Pahang, Dan RM90 juta, Sarawak Report, Nasrudin Hassan, Mokhtar Senik


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.