Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan fenomena mengemis di ibu kota merupakan manifestasi kegagalan Kementerian Wilayah Persekutuan iaitu dalam membasmi kemiskinan bandar dan menangani sindiket peminta sedekah di Bandaraya Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata tindakan mengenakan hukuman ke atas pemberi dan peminta sedekah tidak akan secara tuntas dapat membersihkan imej Kuala Lumpur daripada budaya mengemis.
"Sepatutnya, pihak Kementerian memberi fokus penuh kepada dua isu ini bagi memulihkan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang makmur dan sejahtera dengan warganya yang memiliki taraf sosio-ekonomi yang seimbang sesuai dengan pembangunan fizikal dan perkhidmatan perbandaran yang disediakan di bandaraya itu.
"Pusat-pusat perlindungan gelandangan perlu diwujudkan di ibu kota bagi menempatkan para pengemis, mengelakkan mereka daripada berkeliaran dan sekaligus menjaga kebajikan mereka termasuk dengan memberi pendidikan dan latihan kemahiran kepada mereka bagi membebaskan diri daripada belenggu kesusahan hidup.
"DBKL dan MAIWP pula, tanpa menunggu para gelandangan ini membuat permohonan, perlu berkerjasama bagi menjejak para gelandangan dan menghulurkan bantuan keperluan kepada mereka," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, dengan demikian, barulah imej Kuala Lumpur dapat bebas dari budaya mengemis sekaligus meningkatkan taraf hidup warganya.
Sementara itu, kumpulan yang menamakan diri mereka Dapur Jalanan Kuala Lumpur dalam satu kenyataan media menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai sebagai cetek pemahaman terhadap isu warga miskin kota.
Kumpulan yang sering menyediakan makanan percuma kepada geladangan di ibu kota itu juga mendesak kerajaan menghentikan segera operasi-operasi terhadap warga miskin kota yang disifatkan tidak berperikemanusiaan.
"Dapur Jalanan secara terbuka menjemput Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk turun ke jalanan dan lihat keadaan sebenar warga miskin kota.
"Kami cadangkan pihak kerajaan untuk membuat kajian yang menyeluruh dahulu sebelum apa-apa tindakan gopoh mencantikkan dan membersihkan kota dijalankan," kenyataan itu dipetik sebagai berkata.
Semalam, Tengku Adnan mengumumkan pemberi dan peminta sedekah akan dikenakan hukuman apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.
Katanya langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
Astro Awani
Wed Jul 02 2014
Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
Hanna Alkaf dan era baru 'walk the talk'
Projek ini turut menyediakan pakaian kepada gelandangan, kanak-kanak miskin, warga tua terbiar dan pesakit mental yang terabai. Majoritinya di jalanan.
'Dapur Jalanan' boleh beroperasi seperti biasa - Tengku Adnan
Aktiviti 'Dapur Jalanan' dibenar beroperasi seperti biasa tanpa sebarang tempoh tertentu, namun aspek kebersihan akan dipantau ketat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Garis panduan operasi 'Dapur Jalanan' akan diumum Ogos
Semua dapur jalanan, sama ada yang beroperasi di dalam bangunan ataupun yang bergerak boleh meneruskan operasi mereka pada ketika ini dengan syarat mengutamakan kebersihan.
Tempat khas buat gelandangan siap enam bulan lagi - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.
Dapur Jalanan, Pemuda PAS WP kecam tindakan hukum peminta, pemberi sedekah
Pusat-pusat perlindungan gelandangan perlu diwujudkan di ibu kota bagi menempatkan para pengemis, mengelakkan pengemis daripada berkeliaran.