awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Khidmat di Padang Serai: Akses untuk rakyat, bukan 'hint' bertanding- Saifuddin
Konsert Legacy 30 terus hangat diperkatakan, Siti Nurhaliza kekal berjiwa besar terima kritikan
Suami rayu kerajaan percepat usaha diplomatik jejaki Nadia Kesuma
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darell temui rakan sejawat, CEO di WEF di Davos

Bernama
Bernama
21/01/2020
14:42 MYT
Darell temui rakan sejawat, CEO di WEF di Davos
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking dijadualkan bertemu dan berbincang mengenai isu-isu perdagangan dua hala dan pelaburan dengan rakan sejawatnya. Foto: Astro AWANI
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking dijadualkan bertemu dan berbincang mengenai isu-isu perdagangan dua hala dan pelaburan dengan rakan sejawatnya dari Switzerland, Turki dan Palestin di Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2020 di Davos.
Beliau juga akan menemui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat-syarikat multinasional seperti ABB Switzerland, Dassault Systemes, DP World, Novartis, Festo AG, Jumeirah Group, Micron, Standard Chartered dan Yidu Cloud untuk membincangkan mengenai potensi aktiviti perniagaan di Malaysia.
Darell mewakili Malaysia pada WEF selama empat hari yang bermula Selasa. Tema utama pada tahun ini ialah "Stakeholders for a Cohesive and Sustainable World", menurut kementerian itu dalam kenyataan.
Dalam pelbagai libat urus yang dijadualkan di Davos, menteri akan berkongsi pengalaman Malaysia mengenai Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), ASEAN dan inisiatif di bawah Jalur dan Laluan serta memberikan perspektif Malaysia mengenai cabaran global, serantau dan industri pada masa ini.
"Malaysia juga akan mengambil peluang untuk memberi penekanan mengenai dasar dan persekitaran negara yang mesra perniagaan untuk menarik pelaburan," katanya.
WEF, organisasi bebas antarabangsa untuk kerjasama awam-swasta itu, telah ditubuhkan lima dekad yang lepas dengan misi untuk meningkatkan keadaan ekonomi dunia.
Mesyuarat tahunan itu, pada amnya diadakan pada Januari, menghimpunkan pemimpin perniagaan utama dunia, ahli politik, ahli akademik dan pemimpin masyarakat untuk membincangkan mengenai isu-isu global utama yang memberi kesan kepada ekonomi dunia dan memberikan cadangan dan pelan untuk menangani cabaran itu.
Lebih 2,500 peserta termasuk kira-kira 300 ketua negara/kerajaan dan wakil kerajaan serta 1,500 pemimpin korporat global dijangka menghadiri acara itu.
Selain forum itu, Darell turut mewakili Malaysia pada Pertemuan Peringkat Menteri Tidak Formal di Pertubuhan Perdagangan Dunia yang dianjurkan oleh Switzerland.
Menteri-menteri dijangka berkongsi pandangan dan dialog mengenai cabaran yang dihadapi oleh sistem perdagangan pelbagai hala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Darell Leiking
#Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#pelaburan
#perdagangan dua hala
#Switzerland
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan