Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 bagi menentukan hala tuju strategik pelancongan negara bakal dilaksana tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata dasar yang sedang digubal Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya itu akan menjadi panduan dalam merancang pembangunan sektor pelancongan bagi mengoptimumkan potensinya sebagai satu daripada pemacu ekonomi utama negara.
Malaysia mencatat pertumbuhan 6.8 peratus dalam pendapatan pelancongan kepada RM41.69 bilion bagi enam bulan pertama tahun ini.
"Tahun 2020 telah ditetapkan sebagai Tahun Melawat Malaysia (VM2020) yang menyasarkan ketibaan 30 juta pelancong antarabangsa dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM100 bilion.
"Bagi merancakkan kempen ini, kerajaan telah melancarkan bantuan peruntukan Galakan Melancong Malaysia (GAMELAN) kepada penggiat-penggiat industri," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Dr Wan Azizah berkata dana pelancongan khas berjumlah RM5 juta akan diguna untuk membantu sektor swasta yang terlibat dalam program promosi dan pemasaran pelancongan domestik dan antarabangsa.
Beliau berkata bagi menjayakan kempen VM2020, keramahan dan kesopanan rakyat Malaysia sebagai tuan rumah yang baik perlu ditonjolkan pada setiap masa terutama ketika menyambut pelancong.
Rakyat Malaysia juga diseru untuk mengutamakan kebersihan dan menyayangi harta awam, terutama di kawasan-kawasan pelancongan, katanya.
"Kempen VM2020 adalah agenda nasional yang memerlukan penglibatan semua pihak. Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan semua pihak termasuk kementerian, kerajaan negeri, jabatan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan masyarakat umum untuk memastikan kejayaan kempen ini," katanya.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata Dasar Kebudayaan Negara (DKN) juga sedang digubal sebagai rujukan dan punca kuasa berhubung hala tuju seni, budaya dan warisan negara dan dijangka dilancarkan akhir tahun ini.
"Sektor kebudayaan menjana pendapatan sebanyak RM529.8 juta pada tahun 2018 melalui penjualan produk-produk kraf, perkhidmatan seni dan budaya dan tempat-tempat tarikan warisan yang kaya dengan nilai-nilai seni dan budaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 23 2019
Rakyat Malaysia juga diseru mengutamakan kebersihan dan menyayangi harta awam, terutama di kawasan-kawasan pelancongan. - Gambar hiasan
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
DAKEN 2021 dilengkapi 39 strategi, 95 pelan tindakan - Nancy
Pemantauan akan dilakukan terhadap setiap program yang dianjurkan sepanjang tempoh pelaksanaan dasar tersebut antara 2021 dan 2025.
Dasar pelancongan negara 2020-2030 bakal dilaksana tahun depan
Malaysia mencatat pertumbuhan 6.8 peratus dalam pendapatan pelancongan kepada RM41.69 bilion bagi enam bulan pertama tahun ini.