Dasar Rahmatan Lil Alamin berteraskan Maqasid Syariah, dijangka dilancarkan awal tahun hadapan bagi menjadi dasar pentadbiran Islam yang baharu untuk negara serta bersifat inklusif terhadap masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata pihaknya masih menunggu ulasan daripada empat kementerian yang mempunyai kaitan apabila dasar itu dilaksanakan kelak, sebelum dibawa ke Jemaah Menteri untuk diluluskan.
Empat kementerian itu ialah Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Pendidikan (MoE), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).
"Keperluan untuk ulasan ini bukan apa... contohnya kalau MoF, adakah dasar ini ada implikasi kewangan dan kalau KDN adakah bercanggah dengan apa yang dia buat sekarang dari segi keselamatan negara," katanya kepada media selepas taklimat Kertas Putih Pertahanan dan sesi dialog awam Maqasid Syariah di sini hari ini.
Beliau berkata dasar Rahmatan Lil Alamin itu akan turut diterapkan dalam semua agensi termasuk kementerian-kementerian, sekolah, penjawat awam dan badan bukan kerajaan.
"Kita akan bekerjasama, merentasi semua kementerian sehingga dasar itu menjadi dasar yang bukan hanya pentadbiran Islam tetapi semua menerimanya," katanya.
"Kita akan bincang dengan MoE, mungkin dibuat penerapan pada nilai-nilai yang terkandung (dalam dasar Rahmatan Lil Alamin) seperti rahmah, aman, harmoni, mesra dan hormat itu diterapkan dalam kurikulum di sekolah dan pra-sekolah," katanya.
Mengulas isu pemilihan tajuk pada Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 yang didakwa tidak menjaga sensitiviti Islam, Mujahid berkata perkara itu adalah sesuatu yang tidak wajar malah menyalahi konsep debat itu sendiri.
"Bagaimana nak suruh seorang itu berdebat dengan perkara yang pada asalnya bercanggah dengan Islam, kalau membantah sedap juga, kalau menyokong apa dia nak cakap," katanya.
Beliau juga berharap tidak ada lagi pihak yang membawa isu sensitif sedemikian kononnya atas nama keterbukaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 16 2019
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyampaikan ceramah pada Town Hall Kertas Putih Pertahanan dan Maqasid Syariah peringkat Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini. - Foto Bernama
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Pembinaan ICQS Bukit Berapit baharu dimuktamad bulan depan
KDN dan Kerajaan Negeri Perak akan memuktamadkan perbincangan mengenai pembinaan kompleks ICQS Bukit Berapit yang baharu, Mei ini.
Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam
Polis memandang serius percubaan membakar KK Mart itu yang merupakan insiden kedua selepas perkara serupa berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lepas.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
Parlimen: Hak kewarganegaraan kanak-kanak terbuang tidak boleh dinafikan - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menafikan hak kanak-kanak terbuang atau yang terpinggir untuk mendapat kewarganegaraan.
Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
Meskipun KK Mart di Sunway, Selangor sudah menarik balik kesemua stoking yang tertera kalimah Allah, namun KDN menegaskan siasatan terhadap kedai serbaneka itu akan tetap diteruskan.
289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024
Sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama.
Kelantan terbuka bincang isu pangkalan haram dengan KDN
Kerajaan Kelantan bersedia mengadakan perbincangan dengan KDN mengenai isu menghapuskan pangkalan haram di sempadan negara di negeri itu.
'Saya pelawa Human Rights Watch berjumpa saya' - Saifuddin
Layanan tidak mesra itu termasuklah seperti tahanan didera,kematian, tempoh tahanan yang lama, layanan buruk kepada wanita dan kanak-kanak, fasiliti yang burukk dan termasuklah makanan dan ubat-ubatan
KDN terbuka cadangan perkemas Akta Perhimpunan Aman - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka mengenai cadangan untuk memperkemaskan kaedah polis menangani permohonan penganjuran perhimpunan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.