Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) memudahkan perjalanan operasi haji dalam pelbagai sektor, namun ramai yang kurang mengetahui peranan besar 'big data' atau data raya dalam melancarkan perjalanan dan merancang operasi haji untuk masa hadapan.
Dengan perkembangan pesat data raya dalam ICT, Lembaga Tabung Haji (TH) tidak ketinggalan mengambil peluang untuk membuat penambahbaikan operasi hajinya setiap tahun terutama melibatkan pengangkutan, kesihatan, kewangan dan kebajikan jemaah.
Pengarah Operasi (Teknologi Maklumat) TH, Za'aba Arpan berkata sememangnya TH telah mengadaptasi data raya namun dalam kaedah berbeza yang mana data yang diperoleh daripada pelbagai sistem disalurkan untuk kegunaan pihak pembuat keputusan, pengurusan dan petugas haji sendiri.
"Setiap data diperlukan itu dipaparkan supaya boleh buat keputusan pada masa itu, manakala data diperoleh bila tamat musim haji dibawa ke pihak atasan untuk perancangan masa depan, jadi setiap tahun akan jadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama.
Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia mengerjakan rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.
Data raya menggambarkan jumlah data yang besar digunakan organisasi untuk banyak perkara terutama analisis untuk merancang kepada pengambilan keputusan dan strategi organisasi yang lebih baik serta berkesan.
Za'aba berkata ICT merupakan tulang belakang operasi haji yang mana ia membolehkan operasi di Madinah, Jeddah dan di sini dipusatkan seterusnya merealisasikan penyaluran data ke hujung jari petugas serta pengurusan untuk membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
Beliau berkata setiap sektor operasi haji mempunyai sistem yang tersendiri seperti sistem Sihat untuk kesihatan dan Sistem Bersepadu untuk pengurusan haji, selain sistem-sistem untuk pengurusan kewangan, pemantauan pergerakan jemaah haji dan pengurusan aduan.
"Tetapi bila pengguna terpaksa buka satu-satu sistem ini (untuk dapatkan maklumat), ia akan bertentangan dengan tujuan maklumat di hujung jari untuk petugas dan pengurusan kita, jadi kita perkenal sebuah sistem iaitu Haj Mobility yang mana mereka hanya perlu akses ini sahaja untuk dapatkan semua maklumat," katanya.
Katanya TH setiap tahun akan membuat penambahbaikan terhadap bagaimana ICT itu dapat membantu perjalanan operasi haji dan ini dibuat dengan mengadakan 'post-mortem' sebulan selepas semua petugas haji kembali sebelum menyerahkan hasilnya kepada pihak pengurusan.
Za'aba berkata dalam merancang penambahbaikan itu, pihaknya melihat kepada tiga faktor iaitu proses, manusia dan teknologi yang mana berdasarkan pengalamannya, proses adalah faktor terpenting dalam menentukan perjalanan operasi haji pada masa hadapan.
"Kami ikut keperluan pengguna, kalau nak proses baharu maknanya untuk itu akan ada perubahan pada ICT kita. Kita akan bincang dengan pelbagai pihak terutama Jabatan Haji (TH) dan tahun depan kita tentukan operasi bagaimana," katanya yang telah melihat perkembangan ICT untuk operasi haji sejak 1988.
Pegawai Teknikal IT TH, Mariam Awaludin berkata semua sistem yang digunakan oleh TH untuk operasi haji adalah berbentuk platform 'web-based' yang mana platform itu tidak memerlukan 'server' atau pelayan secara fizikal di Makkah tetapi pelayan yang menyimpan data itu berada di Malaysia dikendalikan petugas TH.
"Melalui platform ini pengguna di sini hanya perlu sambungan internet dan boleh mencapai sistem menggunakan berbilang alat seperti komputer, laptop, tab dan telefon pintar. Ia juga memudahkan proses pemantauan petugas IT di sini dan di lapangan yang mencabar terutama ketika Masyair.
"Persediaan pangkalan data untuk semua sistem ini bermula di Malaysia sebelum operasi haji, yang mana kami akan muatkan pangkalan data jemaah haji serta petugas, kemudian data itu akan dikemas kini oleh sistem berdasarkan input di sini, jadi bila tamat musim itu kita dapat satu set data baharu untuk dibawa ke pihak pengurusan dan pembuat keputusan," katanya.
Contohnya dalam sistem Sihat, katanya terdapat modul farmasi yang mana pengguna sistem terdiri daripada ahli farmasi dan doktor mengetahui jumlah ubat digunakan dan ubat tinggal selepas musim haji, maka keputusan akan dibuat untuk jumlah ubat perlu ditambah dan jumlah ubat boleh digunakan lagi untuk musim haji tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019
Za'aba menunjukkan sistem Haj Mobility ketika ditemu bual dengan Bernama di Ibu Pejabat TH Makkah, Abraj Janadriyah di Makkah, 17 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Kaedah 'big data' boleh disesuaikan dengan pendekatan normal baharu - Maszlee
Tenaga pengajar perlu menggunakan kreativiti mereka untuk mencungkil daya pemikiran kritikal dalam kalangan murid dan pelajar.