Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu, berkuat kuasa 1 Feb depan, umum Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini.
Hassan, 60, menggantikan Tan Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang akan tamat tempoh perkhidmatan sebagai Naib Canselor UiTM pada 31 Dis ini.
Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berhubung pelantikan itu, yakin Hassan dapat melonjakkan UiTM ke tahap lebih tinggi dengan rekod kepimpinan dan pencapaian pendidikan beliau yang cemerlang.
Sebelum pelantikan itu, Hassan menyandang jawatan sebagai Naib Canselor dan Presiden Universiti Taylor's dan merupakan bekas Ketua Pengarah Pengajian Tinggi antara Januari 2005 hingga April 2008.
Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang matematik daripada University of Manchester (1979), ijazah sarjana sains daripada Brunel University, United Kingdom (1981) dan ijazah kedoktoran falsafah, juga daripada Brunel University (1984) dengan pengkhususan dalam bidang Computer Aided Geometric Design.
Menurut kenyataan itu, Hassan memainkan peranan penting dalam penubuhan universiti penyelidikan dan penubuhan Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN).
Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataan itu turut mengucapkan terima kasih kepada Sahol Hamid atas perkhidmatannya sebagai naib canselor UiTM mulai 1 Januari 2010.
"(Sahol Hamid) telah banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan UiTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor di negara dan juga di persada antarabangsa, dan juga kepada kemajuan anak-anak Bumiputera," menurutnya.
Bernama
Mon Dec 14 2015
Sebelum pelantikan itu, Hassan menyandang jawatan sebagai Naib Canselor dan Presiden Universiti Taylor's dan merupakan bekas Ketua Pengarah Pengajian Tinggi antara Januari 2005 hingga April 2008. - Foto laman web Universiti Taylor's
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
UiTM rombak iCGPA supaya lebih 'mesra pensyarah'
Program iCGPA perlu diteliti semula berikutan terdapat komponen di dalamnya yang boleh memberi penerangan kepada pihak majikan mengenai kemampuan pelajar daripada segi 'soft skill'.
UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional
Pelajar tahfiz diharap mendapat nilai tambah melalui inisiatif ini di mana mereka bukan sahaja mampu menghafal al-Quran tetapi juga mahir dalam ilmu profesional.
Sultan Muhammad V dimasyhur sebagai Canselor UiTM Sabtu ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bakal dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-5 pada Sabtu ini (15 April).
Datuk Dr Hassan Said Naib Canselor UiTM yang baharu
Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang baharu, berkuat kuasa 1 Feb depan.