Seorang lagi suspek yang juga pemilik syarikat bergelar Datuk Seri direman berhubung kes menerima suapan bagi projek pembekalan peralatan kereta kebal milik agensi pertahanan negara bernilai RM17 juta.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap lelaki itu bermula hari ini sehingga Khamis ini, selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.
Terdahulu suspek berusia 39 tahun tiba di mahkamah pada 9.45 pagi dengan berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.
Pemilik syarikat pembekal peralatan alat ganti kereta kebal itu ditahan pada pukul 11 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.
Penahanan lelaki itu menjadikan tiga individu telah direman membabitkan kes itu.
Sebelum ini, dua individu iaitu ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ketua pegawai kewangan (CFO) wanita sebuah syarikat swasta juga direman membabitkan kes sama.
Media melaporkan, CEO lelaki bergelar Datuk bersama CFO berkenaan disyaki menerima suapan berjumlah ratusan ribu ringgit daripada beberapa syarikat berkaitan penganugerahan projek pembekalan peralatan kereta perisai AV8 dan Adnan antara 2014 sehingga 2017.
Menurut sumber, SPRM telah merampas beberapa beg tangan mewah dan mata wang asing di kediaman CEO berkenaan.
CEO lelaki berusia 45 tahun dan CFO wanita berusia 53 tahun itu dilaporkan ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada 12 Mei lepas.
CFO wanita terbabit yang direman selama empat hari dibebaskan pada 16 Mei lepas, manakala CEO lelaki dibebaskan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2019
Pemilik syarikat pembekal peralatan alat ganti kereta kebal itu ditahan pada pukul 11 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - Foto Bernama
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
'Datuk Seri' dan anak antara tiga direman bantu siasatan pecah amanah RM304 juta
Lelaki berusia 52 tahun bersama anak lelakinya berusia 26 tahun serta seorang lelaki berusia 29 tahun direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan.
Datuk Seri direman empat hari berhubung kes rasuah bekal alat kereta kebal
Seorang lagi suspek yang juga pemilik syarikat bergelar Datuk Seri direman berhubung kes menerima suapan bagi projek pembekalan peralatan kereta kebal milik agensi pertahanan negara.