awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL batal 10 projek bernilai RM1 bilion

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/06/2018
09:18 MYT
DBKL batal 10 projek bernilai RM1 bilion
Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata kesemua projek itu membabitkan kos bernilai RM1 bilion. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Pengurusan Tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil keputusan membatalkan 10 projek yang dalam proses penganugerahan tender.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata kesemua projek itu membabitkan kos bernilai RM1 bilion.
"Beberapa projek yang belum diberi tender, kita batalkan. Kira-kira 10 projek melibatkan kos RM1 bilion," ujarnya ringkas selepas bermesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham di sini hari ini.
Sementara itu, beliau yang dihubungi media untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkata, 10 projek yang dibatalkan itu tidak termasuk projek dibawah pengawasan DBKL.
"Antara projek itu termasuk penurapan jalan dan mengurangkan bilangan tempat letak kereta. Selain itu, projek kelab sukan juga dibatalkan kerana pengambilan tanah belum diselesaikan.
"Seperti projek River of Life dan Greater KL, ia merupakan projek kerajaan. DBKL cuma pemantau atau pengawas. Tujuan utama kita batalkan projek ini adalah bagi mengurangkan perbelanjaan selain kita rasakan projek bagi tahun ini sudah mencukupi," katanya.
Jelasnya, keputusan membatalkan projek itu adalah keputusan pengurusan tertinggi DBKL dan beliau hanya memaklumkan keputusan itu kepada Majlis Penasihat Kerajaan.
Topic Berkaitan
#batal projek DBKL
#DBKL
#Greater KL
#Majlis Penasihat Kerajaan
#river of life
#Tan Sri Mhd Amin Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan