awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL cadang haram polistirena di Bukit Bintang

Bernama
Bernama
07/05/2016
06:00 MYT
DBKL cadang haram polistirena di Bukit Bintang
Dalam usaha mewujudkan bandar raya hijau, DBKL bercadang mengharamkan penggunaan bekas makanan diperbuat daripada polistirena.
Dalam usaha mewujudkan bandar raya hijau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengharamkan penggunaan bekas makanan diperbuat daripada polistirena di kawasan Bukit Bintang yang menjadi tumpuan orang ramai.
Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Mohd Najib Mohd berkata pelaksanaannya dijangka dikuatkuasakan sebelum akhir tahun ini.
"Kita sedia maklum, bekas polistirena adalah bahan yang sukar dilupuskan dan memberi kesan buruk kepada alam sekitar selain menyukarkan lagi pengurusan sampah dan sisa pepejal," katanya.
Beliau berkata inisiatif itu juga adalah kesinambungan kepada pengharaman penggunaan bekas makanan polistirena yang dilaksanakan di kawasan Dataran Merdeka pada Julai tahun lepas.
"Pada masa ini, DBKL dengan kerjasama agensi-agensi lain berusaha menganjurkan pelbagai program seperti Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula (3R) untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada warga kota," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jom Bersih Bukit Bintang Siri 10 Sabtu.
Kira-kira 800 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan Bukit Bintang.
Topic Berkaitan
#Datuk Mohd Najib Mohd
#DBKL
#polisterena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan