awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1.53 juta daftar undi pos bagi pilihan raya umum Bangladesh
China perketat kawalan eksport barangan dwiguna ke Jepun
NASA sahkan objek pertama tanpa bintang dan didominasi jirim gelap di alam semesta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL keluar notis perintah tutup tapak pembinaan di Jalan Ampang

Bernama
Bernama
10/05/2020
13:24 MYT
DBKL keluar notis perintah tutup tapak pembinaan di Jalan Ampang
NOR HISHAM: Siasatan mendapati tapak pembinaan itu telah menjalankan aktiviti tanpa kebenaran yang telah melanggar Seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974, - Gambar fail
Sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang di sini diarah tutup selama 30 hari kerana tidak mematuhi syarat kelulusan perintah pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, ketika mengesahkan perkara itu, berkata notis dikeluarkan menerusi Ops Pantau COVID-19 yang dijalankan Jabatan Penguatkuasaan DBKL tengah hari tadi.
"Siasatan mendapati tapak pembinaan itu telah menjalankan aktiviti tanpa kebenaran yang telah melanggar Seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 apabila mereka membina rumah kongsi pekerja di subtingkat bawah tanah tanpa kebenaran.
"Oleh itu, mereka diminta memberhentikan sebarang aktiviti dan mengosongkan tapak pembinaan itu dalam tempoh 30 hari bermula hari ini," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata jika gagal mematuhi arahan itu, DBKL akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian daripada pihak pemaju.
Pada 3 Mei lepas, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata DBKL dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor tapak pembinaan yang membina rumah kongsi pekerja tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan.
Ia susulan penularan wabak COVID-19 ke atas 28 pekerja asing tapak pembinaan yang dikesan oleh Kementerian Kesihatan sejak 3 Mei lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#datuk bandar kl
#DBKL
#jalan ampang
#Nor Hisham Ahmad Dahlan
#Notis tutup
#perintah tutup
#syarat kelulusan
#tapak pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan