awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL nafi paip kumbahan di Jalan Raja Laut pecah

Bernama
Bernama
25/12/2015
07:27 MYT
DBKL nafi paip kumbahan di Jalan Raja Laut pecah
DBKL mendakwa air berwarna kuning seperti pada gambar yang diviralkan di atas menerusi WhatsApp, telah diubah suai oleh pereka grafik. - Foto media sosial
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan paip kumbahan di Jalan Raja Laut di sini, pecah seperti yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi.
Pengarah Eksekutif Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan DBKL Datuk Tan Keng Chok berkata maklumat palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu, mengelirukan orang ramai.
"Hasil tinjauan pegawai kami di sekitar Jalan Raja Laut dan kawasan berhampiran selepas menerima maklumat berkenaan, mendapati tidak berlaku kejadian paip kumbahan pecah," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.
Tan berkata gambar yang diviralkan itu berkemungkinan adalah gambar daripada insiden paip Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang bocor di Jalan Raja Laut pada 22 Dis lepas, yang telah dibaik pulih.
Beliau juga mendakwa air berwarna kuning yang terpapar pada gambar yang diviralkan itu telah diubah suai oleh pereka grafik.
Oleh yang demikian, beliau menggesa orang ramai menghentikan penyebaran maklumat palsu itu.
Topic Berkaitan
#DBKL
#Jalan Raja Laut
#kumbahan
#paip pecah
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan