awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tawar kadar khas kompaun trafik bermula 1 Feb

Bernama
Bernama
31/01/2020
07:51 MYT
DBKL tawar kadar khas kompaun trafik bermula 1 Feb
Kadar khas kompaun itu ditetapkan bagi motosikal, kereta dan kenderan berat seperti lori, bas dan lain-lain. - Gamba fail
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kompaun trafik serendah RM15 bermula 1 Feb hingga 3 Mac sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
Pengarah Jabatan Perancang Korporat DBKL Khairul Azmir Ahmad berkata kadar khas kompaun itu ditetapkan bagi motosikal, kereta dan kenderan berat seperti lori, bas dan lain-lain.
"Tawaran kadar kompaun khas kepada warga kota ini adalah untuk membolehkan mereka membuat penyelesaian terhadap notis kompaun yang masih tidak dijelaskan bagi mengelakkan tindakan senarai hitam diambil terhadap mereka.
"Tawaran itu adalah tertakluk kepada kesalahan lalu lintas sahaja dan tidak termasuk kesalahan yang telah dibawa ke mahkamah yang dalam tindakan undang-undang atau telah disebut di mahkamah serta kes senarai hitam yang mempunyai waran tangkap," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata sehingga kini, DBKL telah membawa sejumlah 107,547 kes untuk didakwa ke mahkamah dan sehingga 31 Dis lepas, sebanyak 4,914 kes telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Orang awam boleh membuat semakan dan bayaran di semua kaunter bayaran DBKL; semua kaunter Pos Malaysia seluruh negara; secara dalam talian melalui aplikasi Mobis yang boleh dimuat turun melalui Playstore atau Appstore; atau melalui portal MyEG di www.myeg.com.my.
Topic Berkaitan
#bas
#DBKL
#Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
#Hari Wilayah Persekutuan
#JPJ
#kereta
#Khairul Azmir Ahmad
#Lori
#motosikal
#MyEG
#pos malaysia
#trafik
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan