awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina
Bapa ditahan paksa anak curi Nescafe di Jempol
Dunia 'tidak selamat' susulan tindakan AS keluar dari WHO - Ketua Pengarah WHO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKU bangunkan aplikasi Helpy Service untuk bazar Gawai Dayak, Ramadan

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2020
07:11 MYT
DBKU bangunkan aplikasi Helpy Service untuk bazar Gawai Dayak, Ramadan
Menurut Pengarah DBKU, Dr Morshidi Ahmad aplikasi ini bakal membolehkan para peniaga menjalankan servis penghantaran makanan dan menerima tempahan secara atas talian. - Foto Facebook/@BandarayaKu
Pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengambil inisiatif membangunkan sebuah aplikasi bagi membantu para peniaga bazar Gawai Dayak dan Ramadan di negeri itu.
Inisiatif diambil susulan pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai pembatalan bazar Gawai Dayak dan Ramadan di Sarawak untuk edisi tahun ini pada Ahad susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.
BACA: Bazar Ramadan dan bazar Gawai Dayak di Sarawak dibatalkan
Aplikasi yang akan dibangunkan ini akan dikenali sebagai Helpy Service.
Menurut Pengarah DBKU, Dr Morshidi Ahmad aplikasi ini bakal membolehkan para peniaga menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan dan menerima tempahan secara atas talian.
“Inisiatif ini diambil bagi membantu para peniaga serta penjaja yang terjejas akibat pembatalan ini dan mereka perlu mendaftar dengan Helpy Service,” katanya yang ditemui selepas operasi nyah cemar tempat awam dan rumah-rumah ibadat dibawah pentadbiran DBKU pada Isnin.
Antara lain, pihak DBKU juga akan menghubungi para peniaga untuk mengenalpasti kaedah yang bersesuaian dengan produk mereka.
“Jadi kita akan membantu mereka kerana walaupun bazar ditutup, mereka tetap boleh lagi melakukan perniagaan secara atas talian dan hantar terus kepada pelanggan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#aplikasi
#coronavirus
#COVID-19
#Dewan Bandaraya Kuching Utara
#Dr Morshidi Ahmad
#Gawai Dayak
#Helpy Service
#koronavirus
#perintah kawalan pergerakan
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan