Bagi melahirkan pelapis sasterawan berbakat negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disaran mewujudkan Akademi Sasterawan Harapan untuk membolehkan mereka mendapat bimbingan daripada sasterawan negara.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata akademi itu boleh mengambil pelajar dari peringkat sekolah rendah dan menengah sehingga universiti untuk memperoleh ilmu dan pengalaman daripada seorang ahli dalam bidang itu.
"Kita tahu sasterawan negara datang dan pergi dan ada juga pelbagai program telah dianjurkan... namun apa yang saya ingin utarakan adalah mengembalikan tradisi keilmuan iaitu tradisi berguru, bertalaqqi, kita ingin membina sasterawan daripada umur cilik lagi," katanya pada majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) dan Hadiah Sastera Tunas Cipta 2017/2018 di sini pada Selasa.
Selain itu, Maszlee berkata kementerian akan memastikan sekolah harian kerajaan mewujudkan sudut sasterawan negara mulai tahun depan bagi memupuk kecintaan terhadap ilmu kesusasteraan.
Pada majlis itu, Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar memenangi hadiah berjumlah RM9,500 menerusi dua kategori iaitu buku sastera dewasa bergenre autobiografi 'Jejak Seni Dari Pentas Bangsawan ke Media Prima Berhad' dan kategori drama eceran berjudul 'Pokok'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019
Maszlee berkata Akademi Sasterawan Harapan boleh mengambil pelajar dari peringkat sekolah rendah dan menengah sehingga universiti untuk memperoleh ilmu dan pengalaman daripada seorang ahli dalam bidang itu. - Gambar fail
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DBP disaran wujud Akademi Sasterawan Harapan - Maszlee
Dr Maszlee Malik berkata akademi itu boleh mengambil pelajar dari peringkat sekolah rendah dan menengah sehingga universiti untuk memperoleh ilmu dan pengalaman daripada seorang ahli dalam bidang itu.