awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF2026: EU rangka pakej sokongan keselamatan Artik, tarif AS satu kesilapan - Von der Leyen
Semua perolehan tentera yang dibeku wajib melalui rangka kerja DIPN - PM Anwar
AstroBIZ: Sorakan bola sepak meriah di “Watch Party” Rockafellers
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Debat Piala Tun Razak: Penganjur perlu dikenakan tindakan tegas - Peguam Syarie

Sinar Harian
Sinar Harian
15/10/2019
23:18 MYT
Debat Piala Tun Razak: Penganjur perlu dikenakan tindakan tegas - Peguam Syarie
Musa (kanan) menegaskan, tidak semua perkara dalam Islam boleh dikhilafkan atau didebatkan menggunakan akal. - Foto Sinar Harian
Penganjur Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 perlu dikenakan tindakan tegas kerana tidak menjaga sensitiviti agama di negara ini.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, negara perlu dipelihara daripada pihak atau individu yang cuba menggugat keharmonian bangsa dan agama.
“Ia bukan sahaja bertindak biadab terhadap Islam sebagai agama Persekutuan, malah ia adalah satu tindakan menghina Islam, Yang di- Pertuan Agong serta sultan-sultan yang merupakan ketua negeri bertanggungjawab terhadap Islam pada setiap negeri.
“Oleh itu, PGSM menggesa supaya tindakan yang tegas perlu dikenakan segera terhadap penganjur debat ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penganjur yang di luar batas.
“Kami menegaskan bahawa tidak semua perkara dalam Islam boleh dikhilafkan atau didebatkan menggunakan akal.
"Ada sesetengah perkara telah menjadi qath’i lantaran telah terdapat dalil dalam al-Quran dan as-Sunnah Nabi SAW.
“Tindakan mengadakan pertandingan dalam isu ini yang mempersoalkan tentang undang-undang Syariah, menukar isi kandungan al-Quran dan merubah keharaman homoseksual adalah satu bentuk debat yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.
“Lebih mendukacitakan dan melampau bila mana debat seperti ini cuba diadakan di kalangan pelajar sekolah,” katanya.
Pada Isnin, tular di laman sosial tentang Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang melibatkan topik-topik kontroversi berkaitan asas Islam.
Topic Berkaitan
#dalil
#Debat Piala Tun Razak
#homoseksual
#Islam
#Khilaf
#menggugat keharmonian
#Musa Awang
#peguam syarie
#pelajar
#penganjur
#Persatuan Peguam Syarie Malaysia
#PGSM
#sekolah
#sensitiviti agama
#syariah
#tindakan tegas
#topik kontroversi
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan