awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dekat dengan sempadan negara, Kelantan jadi laluan utama dadah dan ketum

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
12/09/2019
09:48 MYT
Dekat dengan sempadan negara, Kelantan jadi laluan utama dadah dan ketum
Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat (kiri) bersama Pengarah JKM Kelantan Said Sidup mendengar melawat pameran yang diadakan di SK Sri Tumpat. - Astro AWANI
Berdekatan sempadan negara menyebabkan Kelantan menjadi laluan utama bekalan dadah dan ketum yang dibawa masuk ke negara ini sebelum dihantar ke negeri lain.
Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, disebabkan itu Kelantan 'diserang' dengan gejala yang dikaitkan dengan dadah.
"Kelantan dijadikan sebagai lokasi 'transit' dadah dan ketum sebelum diedarkan ke negeri lain dan disebabkan itu juga, penduduk di sini tidak terlepas daripada penyalahgunaan dadah.
"Bagi membendung gejala tidak bermoral itu, pencegahan penyalahgunaan dadah dilakukan sejak peringkat kanak-kanak lagi," katanya ketika ditemui selepas Kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 2, di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan badan bukan kerajaan (NGO) Kelantan berkata, kempen itu dianjutkan pihaknya bagi mendidik dan memberi kesedaran di peringkat kanak-kanak.
Katanya, program itu diadakan di sekolah rendah kerana golongan kanak-kanak mudah menerimanya.
"PEMADAM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan badan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif menjelajah sekolah rendah di 10 daerah di negeri ini.
“Kempen yang diadakan ini bertujuan menyekat gejala penyalahgunaan dadah dan sosial dari peringkat kanak-kanak lagi," katanya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Kelantan
#ketum
#Pemadam
#penyalahgunaan dadah
#sempadan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan