Skip to main content

Malaysia

Demi maruah UMNO, Ahmad Zahid harus ada dalam Kabinet - Dr Noraini

61538199876_TBDATUKDRNORAINI.jpg
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu berada dalam barisan Kabinet demi maruah parti itu, kata Datuk Dr Noraini Ahmad.

Walaupun berterima kasih kerana Ahmad Zahid telah menyuarakan hasrat tidak menjadi menteri, serta menganggapnya sebagai berjiwa besar, namun Ketua Wanita UMNO itu berpendapat, maruah parti juga perlu diberi perhatian.

Ketua Wanita UMNO itu berkata, selain itu, dengan pengalaman dalam pentadbiran terdahulu, Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, diyakini dapat membantu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengurusan pentadbiran negara.

“Wanita UMNO Malaysia mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menawarkan diri untuk tidak dilantik dalam barisan Kabinet kerajaan baharu yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN).

“Namun begitu, Wanita UMNO merasakan Presiden UMNO perlu ada dalam barisan Kabinet demi maruah parti seterusnya membantu Perdana Menteri dalam pengurusan pentadbiran negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Zahid cadang dirinya tidak dilantik sertai Kabinet 

BACA: Zahid belum dibuktikan bersalah, wajar diberi ruang dalam Kabinet - Ab Rauf

Sehubungan itu, Noraini berkata, Wanita UMNO menzahirkan  sepenuh sokongan kepada Ahmad Zahid untuk berada dalam barisan Kabinet yang bakal dibentuk.

Advertisement

Must Watch Video