Tutup

Dentuman kuat mayat jatuh kejutkan penghuni PPR Sri Pantai

Dentuman kuat mayat jatuh kejutkan penghuni PPR Sri Pantai
Siasatan awal mendapati, mangsa lengkap berpakaian cedera teruk di bahagian kepala dan badan.
KUALA LUMPUR: Bunyi dentuman kuat di kaki lima memeranjatkan semua penghuni dan penjaja sekitar Blok 100, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Pantai Dalam, Bangsar petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang, ketika ramai penghuni PPR berkenaan baru pulang dari sekolah dan tempat kerja.

Panik melihat tubuh kaku tersebut di kaki lima, mereka segera bertindak menghubungi pihak polis.

Siasatan awal mendapati, mangsa lengkap berpakaian cedera teruk di bahagian kepala dan badan.
Semakan juga mendapati mangsa yang berusia 25 tahun itu tinggal di tingkat 18 bangunan tersebut.

Polis masih lagi mendapatkan keterangan daripada keluarga dan saksi kejadian bagi mengenal pasti latar belakang mangsa.
Siasatan dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.



Tag: mayat jatuh, Hospital Kuala Lumpur, jatuh bangunan, Projek Perumahan Rakyat, PPR Pantai Dalam



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.