BULAN Ramadan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam bakal tiba tidak lama lagi. Ia secara amnya menyeru umat Islam seluruh dunia untuk mengambil kesempatan ini sebagai masa terbaik untuk menggandakan ibadah sekaligus mengutip ganjaran pahala seperti dijanjikan Allah SWT.
Selain menunaikan ibadah puasa, menderma atau bersedekah adalah salah satu amalan yang memberi keuntungan besar kepada mereka yang melakukannnya pada bulan yang mulia ini.
Tetapi, tidak terlepas juga ada segelintir pihak di luar sana yang sering mengambil kesempatan terhadap amalan menderma sehingga menimbulkan persoalan atau persepsi kepada masyarakat, ke manakah duit itu pergi atau adakah mereka ini benar-benar mengutip derma untuk badan amal atau golongan yang memerlukan?
Kecanggihan teknologi hari ini sedikit sebanyak menaruh kembali keyakinan orang ramai untuk melaksanakan amalan ikhlas ini atas faktor ia lebih selamat dan sah. Ia tidak lagi menjadi alasan untuk tidak menghulurkan derma kerana sudah banyak saluran diwujudkan bagi memudahkan anggota masyarakat menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Seiring dengan itu, salah satu cara untuk anda menjalankan tanggungjawab amal di bulan Ramadan ini adalah menerusi 'Derma Dengan Ikhlas', inisiatif platform derma awam digital selamat dan terjamin bagi individu atau organisasi.
Inisiatif tabung derma ini digerakkan oleh Ikhlas.com, jenama perniagaan di bawah naungan AirAsia, dengan kerjasama Yayasan Amanah Assofwah Almalikiyyah, di mana dana tersebut akan digunakan untuk membantu komuniti yang memerlukan serta pasukan barisan hadapan, selain membantu peniaga tempatan di bulan Ramadan ini.
Ketua Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, sambutan Ramadan pada tahun ini yang sudah tentu berbeza berbanding sebelum ini, tidak menghalang pihaknya serta komuniti di AirAsia untuk meneruskan amalan bersedekah.
Malah jelasnya, inisiatif ini memberi peluang kepada semua orang untuk bekerjasama dan bersama membantu mereka yang memerlukan pada bulan mulia ini.
"Kami berharap untuk mengedar barang keperluan asas kepada 5,000 buah keluarga dan juadah berbuka puasa kepada lebih 20,000 individu sepanjang bulan Ramadan ini. Kami akan membeli bekalan daripada lebih 100 peniaga kecil dan sederhana dengan tujuan membantu perniagaan mereka pada masa yang sukar ini," katanya dalam satu kenyataan.
Antara komuniti yang akan menerima sumbangan ini termasuk keluarga yang kurang bernasib baik, pelarian dan badan bukan berasaskan keuntungan seperti Soup Kitchen dan rumah anak-anak yatim.
"Sebahagian daripada dana tersebut juga akan digunakan untuk membeli juadah berbuka puasa bagi pasukan barisan hadapan yang bertugas seperti pegawai perubatan, polis, tentera dan lain-lain," katanya lagi.
Kempen ini bermula dari 20 April hingga 22 Mei 2020 dan orang awam boleh melayari laman web Givewith.Ikhlas.com atau terus ke Facebook dan Instagram, ikhlasdotcom untuk menderma.
Menerusi tinjauan yang dilakukan di laman web Ikhlas, sasaran kutipan yang diletakkan adalah RM1,000,000 dan difahamkan dalam tempoh 24 jam sejak dilancarkan pada Isnin, jumlah yang terkumpul melebihi RM300,000.
Sumbangan boleh dilakukan menerusi perbankan atas talian secara debit terus.
‘Derma Dengan Ikhlas’ adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia.
Ikhlas.com merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk perniagaan pelancong Islam.
Portal itu akan dilancarkan pada bulan Jun 2020 dan bertujuan untuk membantu umat Islam di seluruh dunia dalam menunaikan kewajipan agama termasuk umrah, korban dan gaya hidup berasaskan hukum syariah.
Astro Awani
Tue Apr 21 2020
Dana itu akan digunakan untuk membantu komuniti yang memerlukan serta pasukan barisan hadapan, selain membantu peniaga tempatan pada Ramadan ini.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.
Tambang tetap penerbangan tambahan tengah malam, Loke hargai AirAsia
Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Feb lepas.