awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018

Bernama
Bernama
19/12/2019
09:23 MYT
Dewan Negara lulus pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018
Pemansuhan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memansuhkan undang-undang zalim serta memastikan pihak media mempunyai kebebasan, kata Mohamed Hanipa Maidin. - Gambar fail
Dewan Negara hari ini meluluskan pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803) setelah kali kedua dibawa ke persidangan itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan berkata, pemansuhan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memansuhkan undang-undang zalim serta memastikan pihak media mempunyai kebebasan menjalankan proses semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan.
"Kezaliman ini sejarah dan kita tak mahu lagi berulang. Kita tidak boleh memperhambakan manusia menerusi undang-undang yang zalim kerana kebebasan adalah yang paling berharga," katanya.
Akta 803 diluluskan pada 3 April 2018 sewaktu pemerintahan kerajaan terdahulu.
Pemansuhan bagi akta tersebut diluluskan di Dewan Rakyat kali pertama pada 16 Ogos tahun lepas, namun tidak mendapat sokongan di Dewan Negara yang dibuat melalui undi belah bahagian pada 12 September 2018.
RUU itu kemudian sekali lagi dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat dan diluluskan pada 9 Oktober lepas.
Sementara itu, ketika ditemui Bernama, Mohamed Hanipa berkata undang-undang sedia ada sudah mencukupi dan boleh dipinda, sekiranya ia tidak mampu untuk menangani isu berita palsu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Antiberita Tidak Benar 2018
#Dewan Negara
#diluluskan
#Mohamed Hanipa Maidin
#Rang Undang Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan