Dewan Negara pada Isnin meluluskan tiga rang undang-undang (RUU) iaitu RUU Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) (Pindaan) 2017, RUU Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) (Pindaan) 2017 dan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017.
RUU MyIPO (Pindaan) 2017 yang dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong bertujuan menambah baik Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 yang belum pernah dipinda sejak dikuatkuasakan pada 2003.
Ini sekali gus menambah baik tadbir urus MyIPO dan memperjelaskan lagi kuasa serta fungsinya untuk mengawal selia selain menguatkuasakan perundangan harta intelek.
Ketika menggulung perbahasan RUU itu, beliau berkata tempoh biasa pemprosesan bagi permohonan paten adalah 26 bulan, bagaimanapun terdapat peruntukan yang membolehkan proses dipercepatkan kepada 20 bulan.
Beliau berkata pada tahun ini MyIPO dengan kerjasama kementeriannya menubuhkan sebuah badan pelesenan tunggal kutipan royalti iaitu Music Rights Malaysia (MRM) Berhad untuk memastikan hak dan royalti pemunya hak cipta itu ditadbir urus dan disalurkan dengan lebih telus.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi ketika menggulung RUU MAVCOM (Pindaan) 2017, berkata caj pengawalseliaan terhadap penumpang di setiap lapangan terbang pada harga maksimum RM1 hanya dikenakan untuk penumpang yang berlepas sahaja dan dikecualikan kepada penumpang transit serta kru penerbangan.
Beliau berkata MAVCOM dijangka mampu mengutip sehingga RM26 juta jika caj tersebut dilaksanakan pada 1 Mac depan berdasarkan anggaran jumlah penumpang pada tahun berkenaan.
Terdahulu ketika membentangkan RUU itu, Ab Aziz berkata ia antara lain bertujuan memberi kuasa kepada suruhanjaya tersebut mengenakan penalti kewangan serta memungut caj ke atas penumpang di lapangan terbang bagi perkhidmatan pengawalseliaan.
RUU Skim Insurans Pekerjaan 2017 atau SIP yang dibentangkan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib pula bertujuan menyediakan insurans bagi membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan faedah bantuan kewangan sementara.
Sistem tersebut juga merupakan program jaringan keselamatan sosial dalam menyediakan perkhidmatan pekerjaan seperti bantuan carian pekerjaan, penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya dan program latihan kepada orang berinsurans yang kehilangan pekerjaan.
Beliau berkata SIP yang ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial akan dilaksanakan Januari depan.
Persidangan bersambung pada Selasa. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 18 2017
Dewan Negara pada Isnin meluluskan tiga rang undang-undang. - Astro AWANI/Fail
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
VEP mula pada penghujung April
Sistem tag Permit Kemasukan Kenderaan yang dikenakan terhadap kenderaan asing memasuki Malaysia melalui Tambak Johor dan Linkedua, akan mula pada hujung bulan ini.
Kerajaan bakal tetapkan harga siling penerbangan domestik - Aziz Kaprawi
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang menjalankan kajian tersebut bagi memastikan wujud situasi menang-menang antara pengguna dan syarikat penerbangan.
Kadar PSC di KLIA2 tidak jejas kemasukan pelancong asing
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kadar PSC sebanyak RM73 di KLIA2 adalah terendah di dunia.
Dewan Negara lulus tiga rang undang-undang
Tiga rang undang-undang itu ialah RUU MyIPO (Pindaan) 2017, RUU MAVCOM (Pindaan) 2017 dan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017.
PAU2017: Strategi lapuk pembangkang dihidu UMNO - Aziz Kaprawi
Isu yang dibangkitkan sengaja dieksploitasikan pembangkang dengan membuat banyak kenyataan yang disalah anggap dan mengelirukan rakyat
Pesalah trafik AWAS berdepan tindakan mahkamah - Aziz
Kegagalan pesalah trafik membayar saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang dikeluarkan selepas bulan Mei 2017 akan berdepan tindakan mahkamah awal tahun depan.
MH370: Misi baru pencarian pesawat akan diteliti semula kerajaan
Malaysia sedang meneliti tawaran syarikat Ocean Infinity sebelum memulakan misi baru dalam mencari pesawat MH370.
Tiada rombakan besar-besaran dalam JPJ - Aziz Kaprawi
Tiada keperluan untuk adakan rombakan besar-besaran dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan pertukaran dua pegawai kanan jabatan itu ke jabatan lain, kata Datuk Ab Aziz Kaprawi.
JBPM sedia bayaran kepada sebarang bantuan semasa kemalangan - KP Bomba
Kejadian pemandu kren yang didakwa enggan menghulurkan bantuan semasa nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong di Jempol baru-baru ini merupakan insiden pertama kali berlaku di negara ini.
Tidak patuh lampu isyarat antara kesalahan dikenakan AWAS dan KEJARA
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata dua kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.