Malaysia kini bersiap sedia untuk menganggotai pakatan perdagangan terbesar dunia apabila ia mendapat kelulusan Dewan Negara hari ini untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Pada persidangan khasnya hari ini, Dewan Negara meluluskan usul menyokong penyertaan Malaysia dalam TPPA, berdasarkan undi suara.
Kelulusan usul itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Sebanyak 21 Senator membahaskan usul itu, yang dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang menurut beliau, akan meningkatkan lagi daya saing Malaysia di peringkat serantau dan global.
Usul sama diluluskan Dewan Rakyat pada Rabu.
Dalam ucapan penggulungannya di Dewan Negara, Mustapa berkata TPPA yang telah ditandatangani boleh disemak semula dalam tempoh tiga tahun selepas ia diratifikasikan.
"Banyak proses yang akan berlaku, pertama kita akan tandatangan pada 4 Feb depan kalau semua bersetuju dan seterusnya proses ratifikasi selama dua tahun. Lepas tu ada 'review' selepas tiga tahun sehingga tahun 2021 dan setiap lima tahun ada pulak kajian dan ini bukan statik," katanya.
Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan mengubah dasar-dasar penting dalam negara terutama berkaitan Bumiputera dan hal-hal yang tidak boleh diubah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selepas menandatangani TPPA.
Beliau turut meredakan kebimbangan yang ditimbulkan beberapa anggota Dewan Negara berhubung mekanisme penyelesaian pertikaian antara pelabur dengan kerajaan (ISDS) yang dikhuatiri akan memihak kepada syarikat asing.
Katanya ISDS juga sangat penting untuk menjaga kepentingan syarikat-syarikat pelabur Malaysia di luar negara.
Mustapa berkata mekanisme ISDS dalam TPPA adalah yang telah diperbaharui, di mana pertikaian-pertikaian akan dibawa ke Suruhanjaya TPP.
Katanya pihaknya juga akan memikirkan cara terbaik mewujudkan sebuah pasukan jawatankuasa yang akan memantau perjalanan TPPA selepas ia ditandatangani kelak seperti yang dicadangkan.
Bercakap kepada wartawan di Lobi Parlimen selepas usul diluluskan, Mustapa berkata penyertaan Malaysia dalam TPPA hanya akan diratifikasi selepas segala pindaan terhadap undang-undang berkaitan selesai.
"Pertama tandatangan, kedua ratifikasi, mana-mana negara yang tak 'ratify' selepas dua tahun (maka) dia tak jadi ahli TPPA.
"Katakan kita (Malaysia) nak pinda 17 undang-undang dengan 26 pindaan, sekiranya Dewan Rakyat atau Dewan Negara tak lulus, maka tak boleh 'ratify', maka tak jalan. Itu dalam undang-undang antarabangsa," katanya.
Dalam pada itu, Mustapa berkata pihak kementerian serta agensi berkaitan akan terus melaksanakan program penerangan kepada akar umbi supaya mereka mendapat fakta yang tepat serta pemahaman penuh mengenai perjanjian itu.
"Penting untuk kita (kementerian) meneruskan kerja 'engagement', 'outreach', khususnya peringkat akar umbi supaya beberapa momokan, ketakutan yang telah berjaya ditanam oleh pihak-pihak tertentu, dapat kita tangani," katanya lagi.
Selain itu, katanya, kerajaan secara prinsip bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengenai penubuhan Institut Penyelidikan TPPA bagi memastikan pelaksanaannya lancar.
TPPA dianggotai 12 negara iaitu Malaysia, Brunei, Singapura, Jepun, Vietnam, New Zealand, Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Chile, Peru dan Mexico.
Ia akan ditandatangani di New Zealand pada 4 Feb ini selepas melalui proses perundingan sejak 2010. TPPA dijangka berkuat kuasa pada 2018.
Bernama
Thu Jan 28 2016
Sebanyak 21 Senator membahaskan usul itu, yang dibentangkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. - Gambar Fail
Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
Indeks utama Bursa Malaysia turun 0.42 peratus susulan pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.69 mata atau 0.42 peratus kepada 1,575.97 daripada paras penutup 1,582.66 pada Isnin.
Lelaki berpedang serang orang awam di London, lima cedera
Dalam insiden yang berlaku pada jam 7 pagi waktu tempatan, lima mangsa termasuk dua pegawai polis dikejarkan ke hospital berdekatan susulan serangan berkenaan.
Letusan Gunung Ruang: Operasi Lapangan Terbang Sam Ratulangi dihentikan sementara
Abu akibat letusan itu memenuhi kawasan lapangan terbang, dengan penumpang dilihat memakai topeng muka.
‘Saya berdoa agar tuhan satukan kami'
Kelahirannya di dunia disambut tanpa pelukan erat kedua orang tuanya. Kezaliman berterusan tentera rejim zionis sekaligus mengubah takdir hidup bayi Palestin yang diberi nama Yehia Hamuda ini. Malah dia yang belum mengenal erti dunia, kini dilindungi di hospital al-Emirati di Rafah.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Daftar Pemilih Tambahan Mac 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac 2024 (DPT BLN3/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari sehingga 29 Mei ini.
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
AWANI Borneo [30/04/2024] – Kerugian RM28.6 Juta | tertembak diri sendiri | Elak kerugian
AWANI Borneo Isnin, 30 April 2025 bersama Nickyson Nyambar.
> Sarawak rekod purata 6.7 kes penipuan sehari
> Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit anak KPD maut tertembak.
> 130,000 penduduk setinggan Sabah bakal dapat penempatan baharu.
> Sarawak rekod purata 6.7 kes penipuan sehari
> Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit anak KPD maut tertembak.
> 130,000 penduduk setinggan Sabah bakal dapat penempatan baharu.
Sidang Dewan Negara labuh tirai, 17 rang undang-undang diluluskan
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, Majlis Dewan Negara melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama tiga minggu sejak 18 Mac lepas.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah PETRA hari ini
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Sejumlah 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' dilaksana sejak Januari - Teo
Sebanyak 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' (IOW) di 7,781 lokasi dilaksanakan Jabatan Penerangan (JaPen) dari awal Januari hingga 3 Mac.
Dewan Negara lulus pindaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wang Tak Dituntut (Pindaan) 2024.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Mangsa sindiket penipuan pekerjaan disoal siasat - Mohamad
Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan akan disoal siasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka benar-benar mangsa dan bukannya dalang.
Dewan Negara lulus RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023.
Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023
Beliau berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.