Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini membentangkan prosedur operasi standard (SOP) fasa pemulihan persidangan Parlimen bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Membuka tirai hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14, Mohamad Ariff berkata SOP yang disediakan adalah bagi membolehkan kesemua ahli Dewan Rakyat bersidang dengan selamat dan terkawal.
"Kita perlu melalui kebiasaan baharu bagi mengekang wabak ini termasuk mematuhi aspek jarak sosial... tambahan pula terdapat 87 Ahli Dewan Rakyat yang berumur lebih 60 tahun yang pastinya lebih berisiko," katanya.
Selain Ahli Parlimen dinasihatkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam dewan, antara SOP yang ditetapkan adalah menempatkan hanya 174 ahli Dewan Rakyat di tempat duduk ruang utama Dewan Rakyat setelah mengambil kira jarakan sosial tempat duduk sejauh satu meter serta ahli penyokong kerajaan berada di tempat duduk pegawai.
Daripada jumlah keseluruhan 222 Ahli Parlimen, sebahagian daripada ahli penyokong kerajaan dan Ahli Parlimen Bebas ditempatkan di Galeri Awam manakala Ahli Parlimen pembangkang di tempat duduk pegawai di bahagian sebelah kiri Yang Dipertua.
Selain itu, SOP berkenaan turut menempatkan pegawai kerajaan yang terlibat dengan urusan jawapan menteri dan timbalan menteri di tempat duduk pegawai dengan kapasiti terhad.
Ketika Mohamad Ariff menjelaskan SOP berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson), yang juga Ketua Pembangkang, bangkit dan bertanya sekiranya ahli Dewan Rakyat boleh diberikan kemudahan tambahan seperti mikrofon bagi memudahkan penglibatan mereka dalam persidangan.
"MP (Ahli Parlimen) yang dipilih rakyat menghadapi kesukaran, saya minta pihak Parlimen menyegerakan supaya dapat kemudahan," katanya.
Mengenai permohonan itu, Mohamad Ariff berkata mereka yang berada di Galeri Awam boleh turun ke ruang yang mempunyai mikrofon, dan memaklumkan akan memberi yang terbaik untuk kelancaran persidangan meskipun dalam suasana kebiasaan baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 13 2020
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) ketika hadir pada hari pertama Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.