Dewan Rakyat bertafakur selama seminit sebagai tanda simpati dan penghormatan susulan kematian Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung pada Khamis pagi.

Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, beliau mewakili semua wakil rakyat menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

“Dengan perasaan dukacita dan sedih, ingin saya maklumkan bahawa Datuk Stephen Wong Tien Fatt, yang merupakan Ahli Parlimen Sandakan dan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Negeri Sabah telah meninggal duni hari ini.

"Saya bagi pihak dewan rakyat merakamkan ucapan takziah kepada isteri mendiang dan seluruh ahli keluarga mendiang,” kata beliau.


Kematian Stephen Wong disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

“Mendiang adalah Ahli Parlimen Sandakan sejak 2013. Jasa dan pengorbanan mendiang sangat besar kepada negara. Sesungguhnya kehilangan mendiang adalah kehilangan besar kepada negara dan dewan rakyat khasnya. Oleh demikian semua Yang Berhormat bangun dan bertafakur selama seminit,” kata Kor Ming lagi.

BACA: MP Sandakan Stephen Wong meninggal dunia