Persidangan Dewan Rakyat hari ini terus dicemari dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan lucah ‘F*** Y**’ ketika Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dibentangkan untuk bacaan kali kedua.
Pertelingkahan bermula apabila Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah ucapan perbahasan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) mengenai harga barang dan perkhidmatan sekiranya Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan diperkenalkan semula.
Bagaimanapun sewaktu beliau menjelaskan lawatan beliau ke Pasar Borong Selayang untuk melihat harga barangan, Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) dengan sinis menyoal – “bukan kasino ka Kinabatangan?”.
Gangguan itu mengakibatkan Bung gagal menahan kemarahan dan melontarkan kata-kata kesat, serta menunjukkan kesediaan untuk bertumbuk.
“Apa ini, biadab, ini kurang ajar. Ini biadab ni yang Dipertua. Memang kurang ajar. YB tak layak duduk di sini. Samseng. What do you want? You nak gaduh dengan saya? F**k y*u. Kau yang mabuk malam-malam,” jeritnya, mengakibatkan beberapa ahli Parlimen meminta Timbalan Speaker, Datuk Mohamad Rashid Hasnon mengeluarkan Bung Mokhtar dari dewan.
Dalam pada itu, Datuk Seri Ronald Kiandee bangun menjelaskan bahawa Mongin telah menyalahi peraturan mesyuarat 36 (9), iaitu tidak boleh disebut kelakuan atau sifat seorang ahli Parlimen sewaktu perbahasan berlangsung.
Bagaimanapun, Mohamad Rashid tidak membuat sebarang keputusan atau ruling, sebaliknya menangguhkan mesyuarat kerana masa rehat.
Firdaus Azil
Tue Aug 07 2018
Dewan Rakyat terus dicemari dengan kata-kata kesat - Gambar fail
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Bung Moktar syukur perjuangan lima tahun lawan kes rasuah selesai
Bung Mokhtar menzahirkan rasa syukur selepas lima tahun perjuangannya dan isteri melawan kes rasuah dihadapi akhirnya selesai selepas mereka dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
JKJAV perlu hantar bekalan vaksin ke Sabah segera bagi pemberian vaksin berjalan lancar - Bung
Kerajaan pusat khususnya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 diminta supaya menyegerakan penghantaran vaksin ke Sabah bagi memastikan pemberian vaksin di Sabah berjalan lancar.
Bung Moktar kemuka cadangan tubuh Majlis Presiden GRS Januari depan
Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin akan mengemukakan cadangan, bagi menubuhkan Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah pada mesyuarat yang dijangka diadakan pada 11 Januari.
Kabinet Sabah: Tukar portfolio selepas 3 jam? Masidi akan ceritakan selepas bersara
Ciapan Masidi yang juga Adun Karanaan di Twitter memberi bayangan ada cerita tersembunyi disebalik pertukaran tersebut.
Sabah Memilih: BN akan pertaruh 85 peratus muka baharu, calon muda - Bung Moktar
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, muka-muka baharu yang akan dipilih itu terdiri daripada kalangan belia.
Rakaman audio perbualan Najib tidak jejaskan kempen BN di Kimanis - Bung Mokhtar
Menurut Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, BN tidak hairan dengan perkara tersebut, sebaliknya yakin mampu menawan hati pengundi di Parlimen itu.
Dewan Rakyat tak cukup korum, perbahasan terhenti seminit
Timbalan Speaker Nga Kor Ming terpaksa mengarahkan loceng Dewan Rakyat dibunyikan selama seminit ekoran jumlah Ahli Parlimen tidak mencukupi sewaktu perbahasan RUU Pembekalan (Belanjawan 2020).
Sebutan semula kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette 4 Julai
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan semula kes Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette atas dakwaan rasuah.
Diajak 'berlawan', ini kata Bung kepada Mongin
Ahli Parlimen (BN-Kinabatangan) Datuk Bung Mokhtar Radin tidak mengendahkan desakan ahli Parlimen (PH-Puncak Borneo), Willie Mongin yang mahu 'berlawan' dengannya.
Dewan Rakyat tercemar dengan kata-kata kesat, semalam 'p******k', 'kepala bapak', hari ini 'f*** y*u'
Persidangan Dewan Rakyat hari ini terus dicemari dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan lucah F*** Y** ketika Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dibentangkan untuk bacaan kali kedua.